Sunday, 20 January 2013

PERINGATAN TUN M KEMUNGKINAN AKAN KEKALAHAN BN WAJAR DI AMBIL SERIUS

-BN TETAP DI ANGGAP TEWAS PADA PRU13 SEKIRANYA GAGAL MEMPEROLEHI 2/3 MAJORITI SEPERTIMANA DISAKSIKAN PADA TAHUN 2008!-
 
 
Kenyataan Bekas PM Mahathir Mohamad sejak akhir2 ini tidak sewajarnya dipandang remeh dari setiap pimpinan BN di peringkat Cawangan, Bahagian hinggalah barisan Majlis Tertinggi.
 
Menerusi 22 tahun pengalaman mentadbir Negara dan Parti, sudah pasti beliau individu paling releven memberi ramalan paling tepat dalam melihat masa depan lanskap politik di Malaysia.
 
Apatah lagi rentetan kronologi penglibatan politik satu2 nya Pemimpin Tertinggi UMNO yang lahir dan dibesarkan dari kalangan golongan kebanyakan ini. Ketegasan prinsip tidak dipamer menerusi teriakan di pentas. Akan tetapi terkenal dengan nada sinis sebagai peringatan buat parti dan pemerintah.
 
Semalam Mahathir menjelaskan bahawa BN dianggap tewas pada PRU13)sekiranya mereka masih gagal memperoleh kemenangan 2/3 sepertimana disaksikan pada tahun 2008.
 
Beliau menegaskan walaupun BN masih menang, namun kemenangan tersebut disifatkan "kosong" kerana sebuah kerajaan yang berwibawa memerlukan kemenangan majoriti besar dalam Dewan Rakyat.

Menurutnya, dalam sistem demokrasi, kerajaan yang lemah amat mudah diserang dan kekuatan mereka akan terus merosot jika tidak berani bertindak.

"Untuk menghadapi PRU13, pemimpin-pemimpin kena berani menonjolkan diri, jangan takut, jika terus takut maka kerajaan akan terus diserang dari pelbagai penjuru.

“Jadi sekiranya kerajaan sekarang gagal mendapat dua pertiga, maka kerajaan yang ada sekarang adalah lemah,” katanya pada program Bicara Minda: Masa Depan Melayu dan Islam Selepas PRU13?’ anjuran Sinar Harian di sini, semalam.
 

 
Selain itu, Dr Mahathir turut menegur kerajaan sekarang yang dilihat terlalu berlembut dengan tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh pihak pembangkang sehinggakan keputusan tersebut amat merugikan. (Video Hishamuddin Rais Hasut Guling Kerajaan di Jalanan)

Sambil memberi contoh pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Dr Mahathir menegaskan pelbagai negara seluruh dunia terutamanya Amerika Syarikat (AS) meniru Malaysia, walaupun pernah menuduh akta ini menindas hak asasi manusia.

"Di Malaysia, tangkapan ISA masih tertakluk di bawah undang-undang, tetapi AS terus menangkap tanpa apa-apa undang-undang dan menempatkan mereka di Teluk Guantanamo sehingga 10 tahun lebih," katanya.
 
Peringatan Mahathir ini mesej paling jelas dan mesti dititikberat setiap pimpinan BN di seluruh kawasan. Dasar dan Prinsip Kerajaan adalah benar2 berkepentingan Suara dari Mulut Rakyat dan bukannya Suara Rakyat dari Mulut Anwar.
 
Jangan hanya kerana ugutan persepsi demi persepsi Pembangkang yang kian bijak mengenalpasti pergerakan 'minda' Kerajaan.
 
Kerana apabila Pembangkang pimpinan Anwar berjaya mengawal 'minda' Kerajaan, BN sudah pasti terkubur di sasaran. Mesti diingat Mahathir antara mangsa yang terpengaruh dengan permainan minda Anwar selama 16 tahun.

Atas dasar prinsip itulah yang menyedarkan Mahathir seterusnya tekad memecat anak emasnya itu.
 
Ada yang mendakwa Mahathir sewajarnya tidak perlu campurtangan dalam hal politik UMNO mahupun Kerajaan. Anda silap.
 
Mahathir tidak campurtangan. Mahathir hanya memberi peringatan. Bukan arahan.
 
Kita mudah berbicara. Kerana kita lupa akan nikmat yang kita perolehi sejak tahun 1981 hinggalah ke 2003 hasil kebijaksanaan kepimpinan beliau. Dan bukan sukar bagi Mahathir memastikan tempoh 22 tahun itu berakhir dengan cemerlang.
 
Apatah lagi membawa UMNO yang pernah diharamkan Mahkamah satu ketika dahulu dibina semula hingga menjadi sebuah parti yang lebih kukuh.
 
Sumber: Gelombang Rakyat
 
-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List