Sunday, 20 January 2013

BN SARAWAK SEBENARNYA LEKA?

-BERI PELUANG BARISAN MUDA KOMPONEN BN MENGENDALI PROGRAM MENDEKATI RAKYAT KERANA TAKTIK BERCERAMAH MENERUSI PROGRAM-PROGRAM RASMI ADUN & MP KERAJAAN TIDAK AKAN MEMBERI IMPAK YANG BESAR!-
 
Dengan momentum siri-siri ceramah politik yang di adakan oleh pihak Pakatan Rakyat di Sarawak sejak akhir-akhir ini, nyata mereka menunjuk keinginan yang bersungguh-sungguh untuk "menawan" Bumi Kenyalang ini dalam PRU-13 nanti.
 
Jika diperhatikan, Pakatan Rakyat telah begitu teliti dalam perancangan mereka dengan mengintensifkan percubaan mereka untuk menghasut rakyat menerusi program-program mereka. Ini belum lagi kita ambil kira "hasutan" menerusi rancangan Radio Free Sarawak dan Radio Kenyalang.
 
Hasutan serta fitnah yang menghentam kerajaan yang diselitkan dalam ceramah-ceramah tersebut sepatutnya tidak boleh di anggap remeh oleh BN Sarawak, kerana walaupun ianya satu pembohongan jika sering diulangi, lambat laun rakyat mungkin terpengaruh menganggap ianya adalah kebenaran dan beralih sokongan kepada pembangkang.
 
Persoalannya kini, apakah tindakbalas BN Sarawak untuk menangangi "serangan-serangan" Pakatan Rakyat ini? BN Sarawak perlu sedar bahawa mereka tidak dapat lagi menggunakan atau bergantung penuh dengan taktik lama kerajaan selama ini iaitu berceramah melalui program-program rasmi ADUN atau MP kerajaan ataupun hanya menunggu saat-saat "tempoh berkempen PRU-13" nanti kerana ianya tidak akan memberi impak yang besar dan bagaikan "bersenjatakan keris melawan musuh bersenjatakan M16"!
 
BN Sarawak seharusnya pro-aktif dan kreatif merancang program-program bertujuan mendekati rakyat, lebih-lebih lagi negara menghampiri ambang PRU 13 ini. Sebagai contoh mudah, mengapa tidak memberi peluang untuk sayap-sayap Pemuda komponen BN Sarawak bekerjasama dengan NGO-NGO untuk mengendali program membekalkan cerminmata secara percuma kepada pelajar atau rakyat di kawasan masing-masing?
 
Dalam program tersebut, selitkan juga sesi mini konsert, perlawanan futsal atau mana-mana aktiviti sukan untuk menarik minat belia-belia untk menghadiri acara tersebut dan juga sesi sembang rakyat atau dialog dan yang paling penting sekali adalah ceramah yang secara terus membentes fitnah dan hasutan yang dilemparkan oleh pembangkang.
 
Memanglah program-program sebegini memerlukan peruntukan tapi jika dibanding dengan keyakinan, kepercayaan dan sokongan rakyat yang akan "pulih semula" kepada kerajaan, ianya memang berbaloi! Pendekatan sebegini, secara tidak langsung, sedikit sebanyak boleh merapatkan lagi jurang di antara akar umbi dan kepimpinan barisan muda.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List