Sunday 20 January 2013

PBB AKAN SAPU SEMUA 14 KERUSI MEREKA

-PETANDA KEMENANGAN INI JELAS DIPERTUNJUKKAN PADA KENAIKAN MENDADAK JUMLAH SOKONGAN UNDI DARI KEPUTUSAN PILIHAN NEGERI PADA TAHUN 2011-

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pasti akan memenangi semua kerusi sebanyak 14 daripada 31 kerusi Parlimen di negeri ini yang dipertandingkan dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

Jaminan ini diyatakan oleh Naib Presiden PBB Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg yang mengatakan bahawa ini adalah berdasarkan kepada sejarah PBB bahawa ahli-ahli PBB sentiasa bersatu dan bekerja keras sepanjang masa.

Johari yang juga Menteri Perumahan dan Pelancongan telah ditanya oleh pemberita pada keyakinan beliau mengenai prestasi calon MP PBB dalam Pilihanraya Umum yang akan datang.

"Keputusan Pilihan Raya Negeri 2011 ketara menunjukkan peningkatan sokongan untuk calon-calon PBB termasuk diri saya sendiri," kata ADUN Satok itu sambil menambah bahawa dia yakin bahawa keputusan yang sama akan juga kenyataan dalam keputusan Pilihanraya Umum.

"Jangan memandang rendah Barisan Nasional Sarawak, mungkin tidak mustahil bagi kita untuk menawan semula Sibu (kini dalam genggaman DAP selepas pilihan raya kecil pada tahun lepas)," katanya dengan senyuman.

Johari dtemuramah pemberita pada sidang akhbar selepas merasmikan dewan pelbagai guna SK Rakyat, Jalan Haji Bolhassan berhampiran bandar di sini yang bernilai RM350,000 siang tadi.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List