Siang tadi aku bertemu dengan seorang ahli pemikir, pemerhati politik Sarawak veteran, aktivis yang aktif dengan NGO dan kerja sosial tapi begitu low-profile, jadi aku enggan mendedahkan identitinya di sini dan kami berbual berkenaan dengan politik semasa hampir tiga jam.
Teruk juga sampai panas telinga aku kena "belasah" kerana dia mengkritik blog aku yang terlalu banyak meng"hi-light"kan keburukan pembangkang, kerana katanya aku sepatutnya lebih mengfokuskan kepada pembangunan dan kemajuan yang telah dibawakan oleh kerajaan, terutamanya kerajaan BN Sarawak pimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
"Pembangunan politik yang di perkenalkan oleh Taib seawal tahun 80-han begitu universal namun ianya amat jelas dalam visinya tetapi untuk mengimplementasikan atau merealisasikannya, Taib tidak dapat melakukannya seorang diri tanpa sokongan dan komitmen sepenuhnya oleh "orang-orang" di sekelilingnya."
Dia menceritakan: [Pernah dalam satu pertemuan/dialog di antara Ketua Menteri Sarawak (Taib) bersama graduan Melayu Sarawak yang di adakan di Dewan Suarah Kuching (kalau tidak salah pada tahun 2005) seorang graduan, dalam sesi soal jawab bertanya kepada Taib, "What have you done to help the Malays as a Chief Minister?" (Apakah yang telah anda bantu untuk kaum Malayu sebagai seorang Ketua Menteri?). Taib hanya tersenyum (sambil melambai agar graduan tersebut duduk) dan bertanya, "Ada soalan yang lain?", dan dia juga di katakan sempat menjamu sagu dan kacang yang terhidangkan di meja VIP. Suasana dalam Dewan Suarah ketika itu begitu sepi seakan jika jarum di jatuhkan maka kedengaranlah bunyinya menyentuhi muka lantai. Sejurus itu, Taib pun menjawab dengan nada yang selamba, "I am not the Chief Minister for the Malays nor the Melanaus nor the Chinese nor the Ibans or the other races, I am the Chief Minister for the whole Sarawak, I have my Malay ministers for the Malays, Melanau ministers for the Melanaus, Chinese ministers for the Chinese, Iban minister for the Ibans and so on, it is them who should come to me and tell me what their races respectively wants." (Saya bukanlah Ketua Menteri untuk kaum Melayu, bukan juga untuk kaum Iban, Cina atau mana-mana kaum tapi saya adalah Ketua Menteri untuk seluruh Sarawak, saya ada Menteri berbangsa Melayu, Melanau, Iban, Cina dan seterusnya, merekalah yang harus datang kepada saya dan memberitahu apa kemahuan kaum masing-masing.) Jelas di sini, Taib telah memberi ruang yang seluas-luasnya kepada semua kaum menerusi menteri-menteri yang telah dilantik dan di pertanggungjawabkan untuk mewakili bangsa masing-masing.]
"Taib, telah melakukan yang terbaik dan sebaik-baiknya sebagai seorang Ketua Menteri. Persoalannya kini, apakah wakil-wakil yang dilantik secara tidak langsung untuk mewakili kaum masing-masing telah menjalankan tugas dengan "penuh komitmen" dan dedikasi seperti yang telah diharapkan?," tanyanya lagi sambil mengakhiri perbualan kami dengan kata-kata,"semua itu akan terjawab selepas PRU-13 nanti."
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®