Thursday 10 January 2013

ANWAR BERBOHONG LAGI!

-BERBOHONG MENGATAKAN SEMUA AHLI PARLIMEN BN SARAWAK "MALU BERSUARA" DI DEWAN RAKYAT (PARLIMEN) ADALAH CUBAAN UNTUK MERENDAH-RENDAHKAN MARTABAT & KUALITI MP BN SARAWAK .. TAPI KALAU TERLOLONG MENYALAK MACAM ANJING TANPA HASIL MACAM PEMBANGKANG BUAT SEKARANG NI PUN TAK GUNA KAN? KAN? KAN? KEKEKE!!!-
Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berbohong sekiranya mendakwa semua Ahli Parlimen BN Sarawak tidak bersuara dalam Dewan Rakyat lantas gagal mengutarakan masalah di kawasan masing-masing.
 
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan pada sesi Dewan Rakyat yang lepas, setiap Ahli Parlimen BN Sarawak telah bangun dan berjaya mengetengahkan masalah kawasan mereka masing-masing sewaktu sesi Dewan Rakyat.
 
"Saya taulah .. sebab saya ini adalah Timbalan Speaker Dewan Rakyat .. saya selalu di sana (menghadiri sesi Dewan Rakyat) jika berbanding dengan dia (Anwar) yang sendiri jarang menghadiri sesi Dewan Rakyat," tempelak Junaidi.
 
Beliau menbidas soalan seorang pemberita mengenai dakwaan Anwar mengenai kegagalan MP BN Sarawak menyelesaikan masaalah kawasan masing-masing kerana tidak berani bersuara dalam Dewan Rakyat.
 
"Secara logiknya, sekiranya MP BN Sarawak gagal berbuat demikian, dari mana datangnya peruntukkan untuk menyelesaikan masalah yang telah dibangkitkan?, tanya beliau dengan nada yang menyindir.
 
"Memang lumrahnya pembangkang banyak menipu mengenai kebenaran, lebih-lebih dengan segala kebaikan yang telah dibuat oleh kerajaan BN kepada rakyat," tambahnya lagi sambil berpesan kepada rakyat agar jangan mudah tertipu dengan pembangkang yang terkenal dengan banyak tipu daya dan bida'ah.
 
"Tolong tanya kepada mereka (pembangkang), apa yang telah mereka sumbangkan kepada rakyat? Apakah mereka telah membina bangunan, jalanaya ataupun apa-apa kemudahan kepada rakyat? Saya percaya mereka belum pun berbuat apa-apa namun jika ada, saya mohon maaf lah!," sindirnya lagi.
 
Junaidi, yang merupakan Ahli Parlimen Santubong di temui ketika melancarkan Program Baikpulih Rumah Nelayan PNK Buntal di Kampung Pulau Salak, Pulau Salak di Buntal berdekatan Bandaraya Kuching di sini siang tadi.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List