Thursday, 10 January 2013

SARAWAK REPORT SEBAR BERITA PALSU PM DI SERANG "STROKE"

-SAMPAI BEGITU SEKALI "DESPRATENYA" PEMBANGKANG SEHINGGA MENYEBARKAN BERITA PALSU .. TAPI ITU SEMUA MAINAN POLITIK KOTOR MEREKA SEPERTI MANA "DOA K.O. UMNO" .. KAN? KAN? KAN? KEKEKE!!!-



Sehingga artikel ini ditulis dan disiarkan, portal Pakatan Pembangkang Sarawak Report masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung laporan berita yang disiarkannya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengalami penyakit strok ringan pada 5 Januari 2013.


Apakah Sarawak Report pengecut kerana hanya pandai mengeluarkan kenyataan fitnah dan tidak pandai untuk menafikannya jika benar itu bukan artikel Sarawak Report? Inilah konspirasi tertinggi terkini Pakatan Pembangkang dalam menjatuhkan Najib Razak dan BN.

Semalam, Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah telah membuat laporan polis kepada SPRM untuk disiasat. Diberitakan JMM mempunyai beberapa bukti kukuh yang boleh mengheret penulis Sarawak Report itu untuk diadili dengan seadil-adilnya.

"Blog ini kami percaya telah dibayar oleh beberapa kalangan individu yang mempunyai kepentingan politik, yang berniat jahat untuk membuat fitnah terhadap Perdana Menteri dengan cuba merosakkan nama beliau, dan mencetuskan satu gerakan menghancurkan ekonomi negara.

Azwanddin tidak menolak kemungkinan besar mereka (Sarawak Report) dari kalangan pemimpin politik. Biar SPRM buat siasatan dulu. Tetapi bukti yang ada sangat kukuh untuk mendakwa mereka.

Bagi meredakan ketegangan rakyat terhadap berita palsu itu, Perdana Menteri menafikan dakwaan Sarawak Report kononnya beliau diserang strok ringan dan meminta rakyat tidak terpengaruh dengan khabar angin. Ini adalah taktik khianat yang dilakukan unruk mengelirukan rakyat.

Sumber: Wira Kenyalang

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List