Friday, 11 January 2013

HARGA SEBUAH KESETIAAN


-JANGAN NAK MENGAJAR KAMI AKAN APA ITU ERTI KESETIAAN, PERINSIP & PEGANGAN KERANA APA YANG ANDA TUNJUKKAN SELAMA INI TIADA LANGSUNG MEMPAMIRKAN NILAI-NILAI YANG ANDA SEBUT-SEBUTKAN ITU! KEKEKE!!!-

 
Bloggers Anak Sarawak™®
 
Pesanan khas buat Bloggers Anak Sarawak™® dan mereka-mereka yang berkenaan:
 
Manusia di nilaikan dari segala tindak tanduknya, maka jika perbuatan mereka nyata jelas mengambarkan niat kejahatan walaupun cuba di kaburi dengan apa-apa jua alasan atau sebab, maka mereka tetap akan dilabelkan "tidak baik".
 
Sebagai "orang lama" dalam arena politik, anda bukan sahaja seharusnya bijak mengaturkan kata-kata atau apa yang ingin anda sampaikan tapi setiap tindak tanduk anda seharusnya terlebih dahulu di teliti dan di lihat dari segala aspek termasuk apakah ianya akan memberi kebaikan kepada semua pihak atau sebaliknya.
 
Mengkritik untuk membina memanglah amat di alu-alukan tapi jika mengkritik dengan fakta-fakta yang tiada sebarang asas, lebih-lebih lagi ianya cenderung menampakkan niat untuk memecah belahkan perpaduan yang sedia ada .. Well, ke manakah sebenarnya arah perjuangan anda?
 
Memang tidak di nafikan setiap perjuangan sudah pasti ada harganya namun bukanlah untuk kita sebagai pejuang-pejuang untuk "meletakkan harga" atau nilai perjuangan kita. Semolek-moleknya, biarlah pihak yang kita perjuangkan menilaikan sendiri dan menghargai perjuangan kita dalam apa saja bentuk yang mereka rasakan berpadanan, bukannya menerusi "cara yang berbentuk paksaan mahupun ugutan".
 
Visi utama Bloggers Anak Sarawak™® adalah untuk memastikan kemenangan selesa kepada entiti yang kami yakini dalam PRU ke 13 ini. Kami juga percaya kami berada di landasan yang betul kerana apa yang kami perjuangkan selama ini adalah kerana dorongan naluri hati kami sendiri tanpa ada kepentingan peribadi.
 
Kepada yang tidak senang akan kewujudan Bloggers Anak Sarawak™®, nasiblah! Mahu tak mahu, terimalah penangan Bloggers Anak Sarawak™® seadanya.
 
Salfian Nawawi- Ketua Team Bloggers Anak Sarawak™®

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List