Sunday, 18 November 2012

PEMBANGUNAN AGENDA BN SARAWAK

 
Tujuh puluh peratus daripada keseluruhan Bajet Negeri Sarawak untuk tahun 2013 yang akan di bentangkan besok (19hb November 2012) di sesi Dewan Undangan Negeri Sarawak akan menumpukan perhatian terhadap pembangunan negeri ini.
Demikian di nyatakan oleh Naib Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Abang haji Openg kepada pemberita sambil menambah secara keseluruhannya, bajet tersebut di anggap "baik" kepada rakyat sarawak.
"Kami (BN) memberi perhatian khas untuk pembangunan dan 70 peratus akan ditumpkan kepada pembangunan," tambahnya lagi.
 
Peruntukkan baget 2013 adalah lebih besar dari baget sebelum itu, jelas Johari namun dia enggan mendedahkan jumlah keseluruhan baget tersebut yang akan di bentangkan pada sidang DUN esok.
"Sabarlah, tunggulah, baget itu di bentang esok, barulah di ketahui berapa jumlahnya," katanya dengan nada berseloroh kepada pemberita.
Beliau di temui setelah menghadiri mesyuarat pre-council BN yang di pengerusikan oleh Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud di ibupejabat Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) di Jalan Bako di sini yang bermula dari jam 10am hingga 1:45pm pada hari ini.
Sebanyak 335 soalan yang akan di tanya sepanjang sesi DUN yang akan bermula dari 19 hingga 29hb November ini.
Untuk makluman, UnReportedNews™® bersama ahli-ahli Kumpulan Blogger Anak Sarawak™® akan membuat liputan dan laporan secara terus dari DUN di sepanjang sesi DUN tersebut.
 
-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List