Sunday 18 November 2012

KELAB PENYOKONG BN SARAWAK SIAP SEDIA



Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak menyuarakan keyakinan mereka untuk menghadapi apa saja isu yang akan dibangkitkan oleh pihak pembangkang pada sesi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bermula esok hari (19hb November 2012).
 
Pengerusinya, yang juga Ketua Setiausaha Ketua Menteri Sarawak Abdullah Haji Saidol berkata pada semua ahli-ahli BNBBC lebih bersedia jika dibandingkan sebelum ini dan bersedia untuk menangkis segala tohmahan yang akan di lemparkan oleh pihak pembangkang sewaktu sesi DUN nanti.
 
"Pada sesi DUN kali ini, kami (ahli-ahli BNBBC) bukan saja akan menangkis atau menerangkan hal sebenar berkaitan dengan mana-mana isu yang dibangkit oleh pembangkang malah kami akan "menyerang" kepada "kelemahan" mereka."
 
Abdullah, yang juga Ahli DUN Semop berkata demikian dalam satu temubual dengan UnReportedNews™® siang tadi.
 
Beliau juga menyuarakan keyakinan pihak pembangkang akan "kekurangan isu" yang boleh dibangkitkan kerana BN telah berkerja keras selama ini memangunkan negeri, membawa pembangunan menyeluruh di Sarawak.
 
Sebelum itu, Abdullah telah menghadiri mesyuarat pre-council BN yang di pengerusikan oleh Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud di ibupejabat Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) di Jalan Bako di sini yang bermula dari jam 10am hingga 1:45pm.
 
-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List