Sunday, 18 November 2012

DAP PUNCA BANGSA MELAYU "SEMAKIN MELAYU"?

-IANYA MEMANG PAHIT TAPI ITULAH HAKIKAT YANG BERLAKU SEKARANG..SATU-SATUNYA PLATFORM YANG MEMBOLEHKAN PENYATUAN ORANG MELAYU NI ADALAH AGAMA ISLAM NAMUN IANYA TELAH DICEMARI DENGAN ISU MELAYU MURTAD!!!-
Bersatu Teguh, Bercerai Rubuh; ungkapan sedemikian sememangnya ada kebenaran tersirat iaitu sesebuah kumpulan itu akan menjadi lebih kuat sekiranya ahli-ahlinya bersatu namun sekiranya senario sebaliknya, maka ianya akan menjadi lemah.

Ramai pemerhati politikus membuat penilaian yang DAP sebenarnya mempergunakan kedua parti paksi Melayu dan Islam, PKR dan PAS dalam usaha memecahan penyatuan orang Melayu namun juga terdapat anggapan yang PKR dan PAS sebenarnya menyedari mereka dipergunakan.

PKR dan PAS beranggapan mereka boleh mengawal keadaan dan DAP sekiranya (ditakdirkan) mereka dapat menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional selepas PRU ke 13 nanti namun pada hakikat mereka tiada berkemampuan untuk berbuat demikian kerana DAP bijak memanipulasikan kedua parti tersebut.

Jika di renung kembali, sememangnya DAP bagaikan "mencatur" segala pergerakkan namun dimata umum seolah ketua boneka pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat keputusan.

PAS dan PKR bagaikan "menghalalkan" apa saja tindakan parti Al-kafirin tersebut biarpun ada berkaitan dengan agama Islam seperti;Larangan Azan menerusi P.A sistem, "Langkah mayat saya dulu sebelum Malaysia jadi negara Islam" dan lain lain-lain lagi.

Memang tidak logik sekiranya seorang bapa bebangsa Melayu dan beragama Islam tidak membuat teguran kepada anaknya yang menggalakkan orang Melayu mendapatkan hak untuk murtad melainkan ianya memang pun telah di rancang secara rapi untuk sesuatu tujuan ataupun ianya munkin hanya satu "diversion."

Sama-samalah kia tunggu episod PR yang seterusnya. Yang nyata kini, PAS dan PKR bagaikan Mandeliar, Si Kitol dan Utimutiraja moden yang menjadi pembelot membantu Portugis masuk dari pintu belakang menyerang Melaka pada beberapa kurun dahulu yang mengakibatkan kejatuhan Melaka!!!

Bagaimana keadaan dan dimanakah darjat pembelot-pembelot bangsa dan agama tersebut selepas Melaka berjaya ditawan oleh Portugis pada 1511? (tiada langsung dinyatakan dalam sejarah) Cuba bayangkan di manakan darjat dan posisi PKR dan PAS sekira PR (ditakdirkan) menawan Putrajaya!!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List