Thursday 15 November 2012

KHALID GAGAP DI CABAR NOH OMAR NAFIKAN DAKWAAN LULUSKAN PENGAMBILAN TANAH!!!

-BE.. BE.. BETUL KA.. KA.. KAH T..TTTUUU? KEKEKE!!!-
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar mencabar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya menafikan dakwaan bahawa beliau telah membuat keputusan pengambilalihan tanah milik Yayasan Selangor di Klang lebih awal sebelum dipersetujui mesyuarat exco Kerajaan Negeri.

Noh mendakwa pihaknya mempunyai bukti dan kronologi surat yang dihantar oleh Abdul Khalid pada Mac tahun lepas meminta Pengurus Besar Yayasan Selangor Ilham Marzuki supaya menguruskan proses pengambilalihan tanah itu kerana telah dibincangkan di peringkat lembaga pengarah.

"Mesyuarat exco memutuskan mengenai perkara itu pada Mei tahun lepas iaitu hanya beberapa bulan selepas Abdul Khalid memutuskan perkara itu.

Ini bermakna Abdul Khadid telah membuat keputusan lebih awal sebelum mesyuarat exco," katanya pada sidang akhbar semalam.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Idustri Asas Tani turut mendakwa Abdul Khalid langsung tidak mempertimbangkan rayuan pengurusan Yayasan Selangor yang tidak bersetuju dengan keputusan Menteri Besar Selangor itu.

Sebelum ini,Abdul Khalid memberitahu sidang akhbar bahawa tanah itu bukan lagi di bawah kuasa Yayasan Selangor kerana ia telah diserah kepada sebuah syarikat persendirian pada 2002 oleh kerajaan negeri BN.

Beliau menafikan dakwaan kononnya tanah itu akan dibangunkan sebagai Pusat Kebudayaan Cina dan buat masa ini lot tanah itu masih kosong.

Sumber: Badut Rakyat

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List