Thursday 15 November 2012

DR JUANDA JAYA LETAK JAWATAN MUFTI PERLIS?

-JUANDA YANG BERASAL DARI SARAWAK DI DAKWA SAMM MELETAK JAWATANNYA SEBAGAI MUFTI PERLIS BERKAITAN DENGAN KEKESALANNYA TERHADAP PENGUNAAN WANG ZAKAT TIDAK MENGIKUT PROSEDUR-
Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyangkal dakwaan Mufti Dr Juanda Jaya meletak jawatan dalam Baitulmal negeri itu kerana didakwa kesal dengan penggunaan wang zakat tanpa mengikut prosedur.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Abdul Malik Hussin berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima surat rasmi perletakan jawatan daripada Juanda sebagai Ahli Jawatakuasa Baitulmal Perlis.

"Setakat ini tiada surat rasmi (dari Dr Juanda). Kalau ada berita sah atau surat rasmi, tiada masalah," kata beliau ketika dihubungi.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa Juanda meletakkan jawatan dalam agensi pengurusan zakat negeri kerana, menurut pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro-pembangkang itu, sikap pemimpin negeri yang berkali-kali menyeleweng wang zakat.

Antara dakwaan SAMM ialah wang zakat digunakan untuk tujuan melancong tanpa terlebih dahulu dibawa berbincang dalam mesyuarat Baitulmal.

Abdul Malik menolak dakwaan itu dan berkata kepimpinan Barisan Nasional (BN) Perlis tidak pernah mencampuri urusan wang zakat negeri apatah lagi membelanjakannya untuk tujuan peribadi.

Katanya, setiap agihan wang zakat perlu melalui prosedur tertentu dan perlu diluluskan dalam mesyuarat jawatankuasa Baitulmal.

"Kenyataan (SAMM) tidak betul. Kepimpinan negeri tidak masuk campur dalam hal duit zakat. Semua diuruskan oleh MAIPs sebab kita ada jawatankuasa, semua pembelanjaan menerusi jawatankuasa. Tiada satupun kepimpinan yang arah guna (duit zakat). Mereka pun tahu.

"Itu sebab kepimpinan tidak boleh masuk campur. Perlu ikut prosedur. Jawatankuasa Baitulmal yang menentukan pengagihan. Memang ditentukan oleh mesyuarat yang diadakan tiga bulan lagi," katanya lagi.

Cubaan untuk menghubungi Juanda setakat ini gagal.

Sumber: Sungai Rapat Online

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List