Saturday 24 November 2012

BAJET NEGERI SARAWAK JAUH LEBIH BAIK DARI BAJET NEGERI-NEGERI PEMBANGKANG-

-KERAJAAN BN NEGERI SARAWAK MEMBERI PENEKANAN LEBIH KEPADA PEMBANGUNAN..PEMBANGKANG ADA? KEKEKE!!!-

YB Dr Annuar Rapaee (ADUN Nangka-BN) semalam dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 di DUN menyatakan harapan dan keyakinan terhadap masa depan negeri Sarawak seperti yang terpancar dalam Bajet Sarawak 2013 yang dibentang oleh Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada hari pertama DUN.

Mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri kerana sentiasa mengemukakan bajet yang meningkat tahun demi tahun, Annuar menyatakan kali ini jumlah perbelajaan dan perbekalan yang dikemukakan ialah RM4.9 billion adalah satu peningkatan yang cukup besar berbanding belanjawan yang berjumlah RM3.964 billion tahun 2012.

"Ini adalah berkat daripada perancangan kewangan yang rapi dan prinsip fiskal yang menjamin kepada kesinambungan yang kukuh bagi pendapatan negeri kita," tambah Annuar.

"Yang amat membanggakan sekali, kita masih terus menjuarai rekod perbekalan yang paling tinggi di negara ini. None of the States in Malaysia came closer to us in term of annual budget allocation except our neighbouring Sabah which just tabled a RM4.4 billion budget in its State Assembly recently."

Memberi contoh yang Pulau Pinang yang dikuasai pembangkang hanya mengemukakan bajet RM1.13 billion, Annuar mempertikai hanya RM363juta diperuntukkan untuk belanja pembangunan sementara sebahagian besar yang lain diperuntukkan untuk belanja mengurus.

Demikan juga dengan bajet negeri Selangor pula hanya RM1.63 Bil dan hanya 31 peratus untuk pembangunan, katanya lagi.

"Yang paling membanggakan ialah Kerjaaan BN negeri Sarawak terus mempertahankan perbelanjaan yang amat berhemah di mana belanja pembangunan masih dengan nisbah dua pertiga daripada belanja pengurusan."

Annuar berkata amat menggembirakan ialah belanjawan kali ini dirancang dengan lebihan perbelanjaan sebanyak RM83 juta yakni merupakan manifestasi usaha berterusan kerajaan dalam mempastikan kedudukan kewangan negeri sentiasa sihat dan kukuh bagi mempastikan kita mempunyai dana berterusan bagi tujuan pembangunan.
 
-UnReportedNews™®


No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List