Walaupun kebanyakkan kita kenal dan biasa dengar tentang
penubuhan negara haram Israel ni, tapi masih ada lagi fakta-fakta lain yang
kita tak pernah dengar pasal negara haram ni..Cuma satu fakta ja yang kita tahu
selama ni, iaitu negara haram Israel ditubuhkan dengan pertumpahan darah
saudara se-Islam kita disana, iaitu rakyat Palestin..Kalau korang nak tahu apa
lagi fakta-fakta pasal Israel ni, meh baca kat bawah ni..
1. Tahukah anda bahawa selain daripada orang Yahudi,
dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?
2. Tahukah anda bahwa setiap warga Yahudi yang ada di
seluruh negara di seluruh dunia menjadi warganegara Israel secara automatik?
Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negaranya sendiri sejak puluhan
abad yang lalu terus diusir ke luar Palestin?
3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di
kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk
membezakan mereka antara warga Yahudi dan bukan Yahudi?
4. Tahukah anda bahwa Jurusalem bahagian timur, Tepi
Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa
khususnya Barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan
merupakan bahagian dari Israel?
5. Tahukah anda bahawa Israel menyalurkan 85% air bersih
hanya untuk warga Yahudi dan memberikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk
Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel menyalurkan 85%
air bersih hanya untuk 400 penduduk Yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya
disalurkan kepada 120 ribu penduduk Palestina di daerah itu?
6. Tahukah anda bahawa Amerika menyumbangkan US$5 Billion
dari cukai pajaknya setiap tahun kepada Israel?
7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan
ketenteraan kepada Israel sebesar US$1.8 Billion setiap tahunnya? Dan tahukah
anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh
negara di benua Afrika?
8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan
perang tambahan sebesar US$4 Billion dari Amerika yang terdiri dari pesawat
tempur F 16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan negara
penyokong utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua fasiliti yang
diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.
9. Tahukah anda bahawa pemerintah Amerika telah menekan
Kongres tentang pelanggaran peraturan oleh Israel dalam penggunaan senjata yang
mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang
di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.
10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya negara
di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan penyediaan senjata
nuklear? Dan menolak pasukan penyiasat PBB untuk memeriksa tempat persembunyian
nuklearnya?
11. Tahukah anda bahawa sebelum tertubuhnya negara Israel
pada tahun 1948, sudah memiliki kemudahan membuat senjata nuklear?
12. Tahukah anda bahawa Pemerintah Tinggi Israel di
Jabatan Perang mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh
semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?
13. Tahukah anda bahawa Israel meletupkan tempat kediaman
Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika, Liberty di perairan
antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentera Amerika
dan mencederakan 177 yang lain, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan
tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel
salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh negara Islam?
14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan negara yang
paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh
Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu negara Islam mengabaikan 1
resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?
15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan
sistem politik konservatif terhadap identiti warga Yahudi agar kekal menjadi
warganegara itu?
16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah
menetapkan Perdana Menteri, Ariel Sharon sebagai 'tidak bersalah' dalam kes
pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang membunuh
lebih dari 1000 orang Palestin yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan
orang tua?
17. Tahukah anda bahawa pada tanggal 20 Mei 1990, seorang
tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang sedang menunggu buas di sebuah
perhentian bas untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak
mereka dari jarah setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel
menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari
pemerintah Israel?
18. Tahukah anda bahawa sampai tahun 1988, semua bangunan
dan pejabat di Israel hanya boleh menempelkan keterangan mencari kerja dengan
perkataan: "kerja kosong hanya untuk warga Yahudi", "Seorang
karyawan dicari, dengan syarat perlu warga Yahudi"?
19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel
membayar 6 perusahaan media Amerika untuk menonjolkan imej positif Israel
kepada masyarakat Amerika dan Eropah?
20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak parti radikal
Molodeit untuk menjadi pesaing utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu
berideologi radikal dengan persepsi utama untuk membersihkan Israel dari warga
bukan Yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?
21. Tahukah anda bahwa Perdana Menteri Israel pertama,
David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh warga
Arab dari Israel?
22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel, Ofadya
Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong
aksi tentera Israel untuk membunuh warga Palestin? Bahkan dia mengeluarkan
fatwa radikal pada hari raya Paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah
jaringan radio terbesar di Israel: "Tuhan akan membalas semua kejahatan
warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan
tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerananya
dilarang semua warga Yahudi untuk memberikan rasa kasih saying kepada warga
Arab, dan wajib bagi setiap Yahudi untuk menembak senjatanya ke arah dada dan
kepala setiap warga Arab untuk membunuhnya, kerana mereka itu makhluk yang
jahat dan terkutuk"…
23. Tahukah anda bahawa Palestin merupakan penjara
terbesar di dunia?
24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin
bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah yahudi?
25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sudah
mengeluarkan keputusan melarang penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi
Shinbet (Badan Perisikan Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin
dalam proses pemeriksaannya?
26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu
proses pembelajaran dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk
Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang
penduduknya bergelar doktor?
27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang
sama yang dijamin oleh undang-undang antarabangsa yang diterbitkan pada tanggal
10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali
tidak berlaku bagi penduduk Palestin kerana terhalang dengan perjanjian yang
ditandatangani pakatan OSLO?
28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia
mengatakan negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang
tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang negara-negara arab terlebih
dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tepi Barat. Tetapi mereka
mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga keamanan dan
keselamatan diri?
29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai negara penjajah
sama sekali tidak terikat dengan konvensyen Geneva untuk menjaga hak-hak dan
keselamatan warga awam Palestin?
30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel,
Ariel Sharon sudah tidak diendahkan lagi oleh tentera Israel? Salah satu
contohnya adalah ketika ia melarang askar Israel untuk melakukan genjatan
senjata dan dilarang menembak, tetapi askar Israel terus menyerang, menembak
orang awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka.
31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan berbagai
usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang
lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?
32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan, Nelson
Mandela mengatakan bahawa Israel adalah negara rasisme dan apartheid sama
seperti keadaan Afrika Selatan?
Macam mana? Banyak kan ketidakadilan dan kekejaman yang
terpaksa dihadapi oleh penduduk Palestin kat sana?
p/s: ambil fakta-fakta pasal Israel agar kita tahu betapa
teruknya dan dendamnya mereka dengan orang Islam..
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®