-AKHIL
HAYY TIDAK MAHU ARTIS “BERHIJRAH” JADI MANGSA ORANG POLITIK .. KALAU DAH TAK “LAKU”
JANGAN PULA SANGGUP JADI ALAT PAS .. KEKEKE!-
Pendakwah
bebas Ustaz Akhil Hayy menasihati golongan artis yang baru berhijrah dan
kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh
ahli politik yang tidak bertanggungjawab.
Akhil
atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai berkata, keadaan itu sering berlaku tanpa
disedari bagi kebanyakan artis yang baru berhijrah di mana ia bermula dengan
jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk berkongsi kisah perubahan diri masing-masing.
"Kalau
saya cakap, pasti ada pihak yang marah nanti. Tetapi ia pernah berlaku kepada
diri saya ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di mana ada sesetengah pihak
yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu bual dalam sesebuah taklimat.
"Lain
pula jadinya apabila majlis taklimat yang dianjurkan itu akan berubah menjadi
kempen menyerang mana-mana parti yang tidak disukai mereka.
"Memang
digalakkan untuk berkongsi pengalaman hijrah kita kerana ia juga salah satu
permulaan dakwah, tetapi kita mesti bijak menyampaikan kata-kata tanpa sebarang
pengaruh daripada persekitaran yang mungkin menekankan isu-isu politik,"
katanya.
Tambah
Akhil, tidak salah sekiranya seseorang artis itu menyokong mana-mana parti
politik sama ada Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAS kerana ia adalah
hak masing-masing.
Bagaimanapun,
golongan artis yang berhijrah ini diminta untuk berhati-hati dan berfikirlah
adakah motif penghijrahan itu untuk mendalami ilmu-ilmu agama yang tercicir
dahulu atau mahu memperjuangkan politik?
"Saya
rasa, usahlah kita beria-ia berkempen tentang hal politik kerana itu bukanlah
kepakaran kita.
"Walaupun
Islam ada perjuangan politiknya, tetapi sebagai umat Islam yang kembali ke
fitrah asal, biarlah kita mendalami ilmu agama terlebih dulu sebelum ingin
berdakwah atau membetulkan kesalahan orang lain.
"Saya
faham, apabila sudah berubah ke landasan yang betul, terdapat satu semangat dan
ketenangan yang membuatkan seseorang itu begitu berkobar-kobar mahu berkongsi
perasaan itu.
“Saya
juga begitu, tetapi seperti yang saya katakan, dalami ilmu agama Islam itu
secukup-cukupnya sebelum melangkah ke fasa lain pula," ujarnya.
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®