-SCORPENE: ANTARA FANTASI, FAKTA & REALITI YANG PERLU KITA KETAHUI KERANA KEBENARAN YANG DISEDARI AWAL LAGI SENGAJA DISEMBUNYIKAN OLEH ANWAR & PEMBANGKANG..INILAH "PERMAINAN" MEREKA UNTUK MENGELIRUKAN RAKYAT-
1. Beberapa tahun lepas isu komisyen pembelian kapal
selam Scorpene pernah digembar gemburkan oleh Anwar dan pakatan pembangkang
sebagai skandal penyalahgunaan wang dan penyelewengan dana negara yang terbesar
dalam sejarah tanahair.
2. Bila disebut penyelewengan dan salahguna wang, wajib
saja akan terbeliak mata penyokong pembangkang ditambah pula dengan tokok
tambah kematian wanita Mongolia serentak dengan itu bergentayanganlah segala
macam cerita angin mengaitkannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Abdul Razak.
3. Walhal realitinya Altantuya yang dikaitkan dengan PM
itupun langsung tidak dikenali apatah lagi untuk bercemolot macam laki bini
seperti disebarkan oleh penyokong pembangkang. Hingga saat ini PM sudah tiga
kali mengangkat sumpah bersaksikan Allah s.w.t dengan menyebut kalimah
"Wallahhi, Wabillahi, Wataallahi" menafikan penglibatannya dalam
pembunuhan tersebut.
4. Jika dihitung dari jumlah hari PM bersumpah, sudahpun
melebih tempoh setahun dan terbukti beliau dipihak yang benar kerana
berdasarkan huraian hadith dan pendapat ulama, sekiranya seseorang itu
bersumpah palsu dengan menyebut tiga kalimah tersebut maka bala bencana dari
Allah s.w.t akan menimpanya dalam tempoh seawal 40 hari pertama atau 2 bulan
ataupun selewat-lewatnya dalam jangka masa setahun.
5. Berbalik pada isu komisyen pula, sebetulnya ianya
langsung tiada kaitan dengan penyelewengan apatah lagi salahguna kuasa mahupun
dana negara. Sebaliknya yang berlaku ialah bayaran sejumlah EURO 114.96 juta
(RM540 juta) yang diterima oleh syarikat Perimekar Sdn. Bhd adalah untuk nilai
kontrak bagi tujuan penyediaan khidmat sokongan dan koordinasi selama enam
tahun.
6. Malah, Datuk Seri Najib pada 14 Mei 2008 yang ketika
itu adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan juga mengambil
tanggungjawab penuh memberi penjelasan bersama fakta dan angka di dalam Dewan
Rakyat sekaligus menepis tohmahan oleh Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya dalam
isu komisyen tersebut.
7. Walaupun demikian, disebabkan tabiat sesetengah
manusia yang mudah lupa, sukalah penulis sekali lagi mengutip fakta-fakta
tersebut sekadar sepintas lalu supaya lebih ramai lagi kembali memahami dengan
jelas ke mana wang sejumlah RM540 juta itu dibelanjakan.
8. Untuk makluman semua, Syarikat Perimekar Sdn. Bhd yang
dikaitkan sebagai menerima komisyen RM540 juta itu sebenarnya dimiliki secara bersama
oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S
Ombak Laut Sdn Berhad.
9. Nilai RM540 juta itu sebenarnya merangkumi banyak skop
kerja sokongan dan koordinasi yang perlu disedia dan diselesaikan sepanjang
tempoh enam tahun untuk memenuhi keperluan anggota anak kapal selama Scorpene
serta pasukan pegawai yang bermastautin di luar negara selama tempoh tersebut
untuk tujuan latihan berkaitan pengedalian kapal selam Scorpene.
10. Syarikat Perimekar Sdn Bhd itu bertanggungjawab
sepenuhnya sebagaimana ditetapkan dalan kontrak tersebut yang mengkehendakinya
melaksanakan skop kerja sokongan & koordinasi sebagaimana berikut;-
i. Menyediakan kemudahan kediaman & kelengkapan untuk
kegunaan 27 keluarga dari team projek yang berada di Perancis dan Sepanyol.
ii. Penyediaan pejabat urusan, kediaman dan kelengkapan
untuk keperluan 156 orang anggota krew kapal selam TLDM bagi tempoh 4 tahun di
Perancis dan Sepanyol.
iii. Menyediakan insuran kesihatan bagi melindungi krew
kapal selam serta ahli keluarga team projek selama mereka berada di Perancis
dan Sepanyol.
iv. Pembayaran elaun harian serta elaun untuk krew yang
berjumlah 50 euro sehari untuk setiap orang bagi 3 tahun pertama dan 60 euro
sehari bagi tiga tahun seterusnya.
v. Pembiayaan kos penerbangan pergi balik (balik bercuti
di Malaysia) untuk setiap krew setiap 4 bulan sekali serta lain-lain keperluan
berkaitan sepanjang semua krew dan team projek berada dalam latihan di Perancis
dan Sepanyol.
11. Selain khidmat sokongan di atas, nilai kontrak RM540
juta (114.96 juta euro) itu turut meliputi khidmat koordinasi antaranya
memastikan syarikat-syarikat dari Malaysia terbabit secara langsung dalam
proses pembinaan, program off-set, serta penyelarasan latihan krew kapal selam
dengan kontraktor dan kerajaan termasuklah penyediaan koordinasi bagi setiap
enam bulan sekali.
12. Lebih penting lagi untuk kita maklumi, nilai kontrak
RM540 juta itu sama sekali bukan bayaran komisyen, ia juga bukannya merupakan
keuntungan bersih untuk syarikat Perimekar Sdn Bhd sebaliknya nilai tersebut
meliputi segala kos langsung dan tidak langsung yang perlu ditanggung selama 6
tahun sebagaimana terkandung dalam kontrak tersebut. Bukti perbelanjaan dan
nilai sebenar keuntungan syarikat Perimekar ini boleh kita ketahui dengan mudah
melalui laporan audit syarikat itu.
13. Manakala bagi Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM)
yang masih hijau dalam bidang pengendalian kapal selam, tentu sahaja segala
program dan latihan yang diatur di luar negara cukup bermanfaat supaya aset
ketenteraan yang baru dimiliki itu beroperasi pada tahap optimum dan bertahan
lama.
14. Inilah kebenaran yang sedari awal lagi sengaja
disembunyikan oleh Anwar dan pembangkang. Cerita separuh masak di perbesarkan,
kebenaran dinafikan kerana mereka tahu jika fakta betul diberikan kepada
khalayak umum tentu saja hilang ummpph propaganda yang cuba mereka sebarkan
itu.
15. Namun bagi pihak pembangkang yang diketuai oleh
Anwar, mereka tidak pernah kisah soal peri penting kelengkapan persenjataan dan
pertahanan negara diperkukuhkan. Yang mereka tahu hanya mempersoalkan jumlah
sekian-sekian banyak hingga kerap kali lupa langkah tersebut sebenarnya turut
mendedahkan rahsia kelengkapan aset pertahanan negara kepada pihak musuh.
16. Walaupun isu ini sudah sejuk namun menjadi kewajipan
bagi penulis dan pembaca sekalian untuk terus menyebarkan kebenaran kerana apabila
menjelang pilihanraya kelak tentu sahaja pihak pembangkang akan cuba spin fakta
mengikut sudut lain pula bagi mengabui mata khalayak umum.
17. Malah pembangkang kini sibuk menyatakan bahawa Datuk
Seri Najib telah meminta komisyen USD 1 billion dalam pembelian kapal selam ini
iaitu RM 3.8 billion (semasa Scorpene dibeli UDS1 diikat dengan nilai RM 3.80 )
sesuatu yang lansung tidak masuk akal kerana nilai dua buah kapal selam
Scorpene yang dibeli pun baru berharga kira-kira RM3.6 billion. Nampaknya, pembangkang
tak henti-henti mahu menipu kerana percaya rakyat Malaysia mudah ditipu.
Sumber: Mulut Hebiaq
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®