Thursday 21 June 2012

ANWAR IBRAHIM, SEJARAH HITAM MALAYSIA

-BELIAU AKAN TERCATAT & DI KENANG BUAT SELAMANYA DALAM SEJARAH MALAYSIA SEBAGAI INDIVIDU YANG PALING KORUP, HIPOKRIT, PENTINGKAN DIRI SENDIRI & SEORANG POLITIKUS YANG PALING KECEWA SEKALI KERANA GAGAL MEMENUHI IMPIANNYA MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA-


Anwar, bekas timbalan Perdana Menteri (PM) Malaysia dahulunya seorang yang hampir-hampir menjadi ketua kerajaan Malaysia namun tersungkur pada saat-saat akhir perlantikkannya sebagai PM pada tahun 1998 sepatutnya menyalahkan nafsu-sarakah abnormalnya yang memakan dirinya sendiri.

Dia yang didakwa meliwat sebaliknya, menuduh ianya semua adalah “konspirasi” UMNO yang pada masa itu di ketuai mantan PM Tun Mahathir Mohamad dan biarpun merengkok didalam penjara, kepetahannya berpidato serta memberi alasan walaupun  nyata pembohongan mampu menpengaruhi segolongan rakyat.

Golongan-golongan mereka ini seakan begitu “obsess” dengannya sehinggalah tertubuhnya Gerakan Reformasi, yang kemudiannnya bersama-sama beberapa NGO menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia-GERAK kemudiannya Pergerakan Keadilan Sosial-ADIL dan di situlah bermulanya satu trend demostrasi jalanan begitu ekstrim yang penuh dengan keganasan.

Gerakan Reformasi ini kemudiannya mengambil alih sebuah parti kecil yang sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (yang ditubuhkan pada 1990) dan melancarkan  Parti KeADILan Nasional pada 4 April 1999 sebelum menukarkan nama secara rasmi kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2003 sehingga kini.

Mantan PM Tun Abdullah Badawi membebaskan Anwar dari penjara (tapi bukan dari tuduhan liwat menurut laporan yang dikeluarkan oleh hakim-hakim kes tersebut) pada 2 September 2004 setelah mengambil-alih tampuk pimpinan kerajaan namun tindakan Pak Lah hanya bagaikan “melepas anjing tersepit”.

Bermula pada saat-saat di lucutkan jawatan Timbalan PM itulah Anwar yang keempunan menjadi PM bagaikan mendendami entiti UMNO dan Barisan Nasional (BN)  setelah dipenjara lebih enam tahun, menggunakan kebebasannya dengan membuat pencaturan dengan lebih rapi, memporak-perandakan negara dengan pelbagai cara dan modas operandi.

Namun perlantikan PM yang Ke-6 iaitu Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak pada 3 April 2009 ketara sekali telah membuat Anwar tertekan sehinggakan modas operandi pembangkang bertambah “bengis” sehinggakan sanggup mereka fitnah, propaganda berunsur perkauman dan macam-macam lagi bertujuan menghurukan-harakan negara.

Hindraf, Skandal Kapalselam Scorpene, Bersih, Lynas, PTPTN dan bermacam-macam lagi isu-isu yang berunsur fitnah yang semuanya bertujuan agar tercetusnys rusuhan rakyat supaya ada “campurtangan asing” yang memungkinkan cita-cita Anwar yang begitu ingin sangat hendak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Ini berdasarkan beberapa bukti mengenai hubungan Anwar dengan Israel yang di percayai dalang yang membiayai Anwar dan kuncu-kuncunya di tambah juga dengan bukti-bukti yang menunjukkan Anwar Ibrahim mempunyai asset tunai sebanyak RM3 billion.

Dalam masa yang sama, Anwar seolah-olah tidak serik akan kesilapan lampaunya malah perlakuan beliau semakin teruk apabila dikaitkan dengan video China Doll, hubungan dengan  Shamsidar, isteri Azmin Ali-PKR dan tuduhan liwat kedua bersama pembantu pribadinya.

Kini, Anwar yang berusia 74-tahun menyedari bukan saja BN menjadi batu penghalang dirinya menjadi PM Malaysia malah masa dan juga rakyat yang sudah menyedari tembelang sebenar dirinya dan beliau akan tahu penangan rakyat pada PRU ke -13 nanti!.

Sesungguhnya, manusia yang bernama Anwar Ibrahim inilah yang telah menghitamkan sejarah Malaysia dan InsyaAllah..beginilah tertulisnya dalam buku sejarah Malaysia pada satu masa kelak.

TICK-TOCK-TICK-TOCK

-UnReportedNews™®



2 comments:

  1. Apakah akan muncul istilah 'anwar' sepertimana 'boycott'? Sekarang ini pun Bahasa Melayu sudah diperkaya dengan beberapa istilah 'bidang kemanusiaan' tetapi bersumberkan 'bidang politik'.

    Ada siapa yang ingin buat kutipan? DBP?

    ReplyDelete
  2. hahahaha...idea yang baik..mungkin pada satu masa nanti saudara..contohnya; "Jangan terlalu 'anwarisme' kerana ianya mungkin membawa padah kepada negara". LOL

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List