-BONEKA SEBAGAI "PELAKON" MEMEGANG "JAWATAN PENTING" DALAM PR ATAU DAP NAMUN TERUS "DI CANTAS" SEKIRA DIDAPATI "MELAWAN" DAP & MENJADI "KULI" APABILA DALAM BAB-BAB DEMONSTRASI SEPERTI BERSIH YANG MEMERLUKAN TENAGA & MELIBATKAN RISIKO KESELAMATAN, SEBIJIK MACAM ANJING!-
Keputusan DAP tidak menyambung tempoh anggota Dewan Negara Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim adalah satu indikasi bagaimana parti rasis dan chauvinis Cina itu melihat kepada pemimpin Melayu di dalam parti.
Apa yang terjadi kepada Naib Presiden DAP itu sepatutnya menjadi pengajaran amat berguna kepada orang Melayu dan beberapa kerat individu Melayu yang kononnya melihat parti itu memperjuangkan nasib bangsa Melayu.
Untuk memancing undi, DAP cuba menonjolkan imej prihatin kepada orang Melayu dengan mengatakan mereka memberi tempat kepada pemimpin Melau di dalam parti itu.
Maka Tunku Aziz pun dilantik sebagai salah satu naib presiden DAP untuk mengaburi mata orang Melayu.
Keadaan itu berubah apabila Tunku Aziz bersuara sedikit mengkritik penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 yang disokong DAP dan parti pembangkang yang lain.
Dengan pantas DAP yang dikatakan sayang dan mengambil berat kepada Orang Melayu mencantas anggota diraja Kedah itu daripada terus memegang jawatan Senator.
Bagi DAP, orang Melayu boleh pegang jawatan tinggi dalam parti itu, mungkin juga sampai menjadi pengerusi, tetapi mereka hendaklah diam membisu serta menjadi seperti tunggul.
Membuka mulut untuk memperjuangkan hak-hak orang Melayu di dalam DAP bermakna mengundang padah kepada karier politik mereka.
Taktik DAP memikat hati orang Melayu setakat ini telah berjaya menjadikan PAS sebagai kuda tunggang yang setia.
Kesetiaan PAS kepada DAP terbukti apabila parti itu sanggup mengorbankan prinsip perjuangan negara Islam semata-mata untuk menjaga hati DAP.
Kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak boleh melaksanakan hukum hudud dan mewujudkan negara Islam sehingga mencukupi syarat.
Apa yang dikatakan beliau amat bertentangan dengan semangat berkobar-kobar PAS Kelantan meluluskan enakmen hukum hudud 20 tahun dahulu kononnya sebagai langkah pertama penubuhan daulah Islam di negara ini.
Persoalannya apa yang sudah jadi dengan enakmen undang-undang hudud versi PAS? Adalah disebabkan persengkolan mereka denga parti rasis Cina DAP, hukum hudud pun PAS sanggup campak ke luar tingkap?
Inilah sikap hipokrit dan bermuka dua yang ditunjukkan PAS dalam isu negara Islam.
Semasa mereka belum menjadi rakan kongsi bersama DAP dalam Pakatan Rakyat, DAP dianggap sebagai musuh kerana mereka golongan kuffar.
Tetapi apabila sudah tidur sebantal dengan DAP, semuanya menjadi halal.
DAP tidak lagi dilabel sebagai kafir harbi, malah PAS berkata perjuangan parti itu selari dengan slogan 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan parti itu.
Kenyataan Abdul Hadi membuktikan bahawa PAS telah melutut sepenuhnya kepada kehendak DAP yang menentang konsep Daulah Islamiyahnya.
Berbeza dengan DAP yang terus mengekal slogan 'Malaysian Malaysia'nya, PAS pula telah menukar warna politiknya.
Daripada perjuangan menegakkan Negara Islam, PAS melunakkannya menjadi Negara Berkebajikan untuk menjaga hati DAP.
DAP adalah seperti serigala yang berbulu biri-biri.
Jika PAS dan orang Melayu di dalam DAP dan PKR masih dibuai mimpi berfikir DAP akan menjaga dan memperjuangkan hak serta nasib mereka, satu hari nanti mereka akan bangkit dari tidur lena sebagai rakyat kelas dua yang ditindas seperti mana di Singapura.
Sumber: Cik Zah
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®