Saturday 14 April 2012

TINDAKAN KERAS PADA MEREKA YANG BIADAP & KURANG AJAR PADA RAJA?

-BAGUS LAH TU..BIAR JANGAN ADA YANG MEMPELEKEHKAN INSTITUSI DI RAJA MELAYU-

(SEKADAR HIASAN) JANGAN KURANG AJAR & BIADAP
Majlis Jaksa Pendamai Kelantan mahu pemimpin pembangkang yang didapati mempersenda dan mengejek raja-raja Melayu dikenakan tindakan keras sebagai pengajaran kepada semua pihak.

Timbalan Presidennya, Datuk Dr. Mohd. Kaisan Ab. Rahman berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu tidak boleh diterima sama sekali kerana ia seperti mempersenda kedudukan raja-raja Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan.

Selain itu, kata beliau, tindakan tersebut juga seolah-olah mempersendakan ketuanan Melayu yang mendukung institusi raja berperlembagaan.

“Tindakan itu tidak boleh dibiarkan kerana ia tidak menghormati kedaulatan dan kedudukan raja-raja Melayu. Tindakan tersebut juga memalukan orang Melayu.

“Jika zaman dahulu mana-mana pihak mempersendakan raja-raja boleh dikenakan hukuman keras termasuk buang daerah, maka tindakan serupa perlu dikenakan kepada mereka terlibat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. -UTUSAN MALAYSIA.

Sumber: MedanTempur Kedah


-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List