Friday 20 April 2012

SESI DEWAN RAKYAT SEMALAM TAMAT JAM 3:20 PAGI CIPTA REKOD!

-SESUATU YANG AMAT MEMBANGGAKAN SELURUH NEGARA YANG MENGAMALKAN SISTEM BERPARLIMEN KERANA IANYA MENUNJUKKAN KOMITMEN SERTA DEDIKASI AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT DAN KESUNGGUHAN MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB MEREKA TANPA MENGIRA WAKTU-

Sessi Dewan Rakyat pada hari Khamis (19hb April 2012) yang baru berakhir tepat jam 3:20 pagi pada Hari Jumaat (20hb April 2012) sebentar tadi secara tidak rasmi, mungkin telah mencatat dua rekod baru Malaysia iaitu; tempoh persidangan Dewan Rakyat paling lama dan sessi Dewan Rakyat paling lewat berakhir.

Demikian jelas Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang telah mempengerusikan sessi persidangan Dewan Rakyat sehinggalah ianya tamat awal pagi tadi.

“Setahu, saya dan sepanjang pengalamana saya sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat, sessi tadi mungkin adalah satu rekod baru Malaysia iaitu sessi persidangan Dewan Rakyat paling lama dan sessi Dewan Rakyat paling lewat berakhir.”

Ketika di hubungi UnReportedNews™®, Junaidi yang juga merupakan ahli Parlimen Santubong sedang dalam perjalanan balik ke rumahnya di Kuala Lumpur sejurus tamat sessi persidangan Dewan Rakyat pagi ini.

Di tanya mengenai perkembangan yng berlaku pada sessi persidangan Dewan Rakyat semalam/pagi ini, dia menjelaskan yang Dewan Rakyat telah meluluskan sebanyak lapan bil dan lima resolusi kewangan telah di usul di sepanjang sessi itu.

Junaidi, walaubagaimanapun, enggan mengulaskan serta mendedahkan secara terperinci mengenai usul-usul yang telah di luluskan oleh Dewan Rakyat yang beliau nyatakan apabila ditanya hal berkaitan.

Mengenai jumlah kehadiran ahli-ahli Parliamen terutamanya pada saat-saat penutupan sessi pesidangan tadi, Junaidi menyatakan ianya telah di hadiri oleh seramai 29 orang ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), 12 dari Pakatan Rakyat (PR) dan satu bebas.


-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List