Usul yang dibawa Ketua Pembangkang, Chong Chien Jen (DAP-Kota Sentosa) bagi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan e-Dagang, Datuk Seri Wong Soon Koh supaya memohon maaf kerana menuduh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Dr Ting Tiong Choon telah muflis ditolak pada hari ini.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar berkata, usul tersebut adalah tidak berkaitan kerana Tiong Choon tidak berada di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mempertahankan diri dalam perkara berkenaan.
Asfia menegaskan, maklumat yang diperolehi daripada National Personal Insolvency Index memaparkan nama Tiong Choon pada 29 Jun 2012 dan 11 September tahun sama malah dalam Bankrupcy Register Search yang juga telah mengeluarkan nama beliau.
"Pembatalan kelayakan beliau sebagai ADUN juga adalah berdasarkan Artikel 17(1)(g) Perlembagaan Negeri Sarawak yang mana seseorang itu hilang kelayakan sebagai ADUN jika secara sukarela memperoleh atau menjalankan hak kewarganegaraan atau membuat deklarasi kesetiaan kepada mana-mana negara di luar Persekutuan Malaysia bukannya di bawah Arti17(1)(b) mengenai muflis," katanya lagi.
Asfia berkata demikian ketika membuat keputusan mengenai usul berkenaan pada Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-18, di sini hari ini.
Beliau kemudiannya memutuskan, Soon Koh tidak perlu memohon maaf dan beliau menolak usul berkenaan.
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®