Friday 12 May 2017

ADUN Pujut Hilang Kelayakan: SPR Tunggu Pemakluman Rasmi DUN Sarawak



KENYATAAN MEDIA

SPR TUNGGU PEMAKLUMAN RASMI OLEH SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) SARAWAK MENGENAI STATUS ADUN N.74 PUJUT, YB DR. TING TIONG CHOON.

Berhubung status Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.74 Pujut YB. Dr. Ting Tiong Choon yang dilaporkan telah dilucutkan keanggotaannya daripada menjadi ADUN Sarawak ekoran taraf kewarganegaraan beliau dipertikai kerana didakwa memiliki dua kerakyatan iaitu kerakyatan Malaysia dan Australia. Buat masa ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya mengetahui perkara ini menerusi laporan oleh pihak media massa. Sehubungan dengan itu, SPR akan menunggu pemakluman rasmi oleh Yang Berhormat Speaker DUN Sarawak mengenai kedudukan ADUN N.74 Pujut itu dan SPR hanya akan mengambil tindakan lanjut selepas menerima pemakluman secara rasmi. 

Sekian, terima kasih.

DATUK SERI MOHD HASHIM BIN ABDULLAH
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia

PUTRAJAYA
Tarikh:  12 Mei 2017

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List