Tuesday 16 May 2017

Notis Rasmi Kekosongan DUN Pujut Dihantar Pada SPR Hari in


Pemakluman rasmi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N. 74 Pujut telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari ini.

Ini dimaklumkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar pada satu media di DUN Sarawak sebentar tadi.

"Pihak SPR telah dimaklumkan melalui surat bertarikh 16 Mei berkenaan perlucutan kelayakan Dr Ting Tiong Choon sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.74 Pujut berdasarkan Artikel 21 (5) Perlembangaan Negeri dan pemakluman rasmi telah dihantar hari ini untuk tindakan lanjut pihak SPR."

Pada Jumaat lepas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) telah dilucutkan jawatan sebagai ADUN berikutan satu usul dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Usul berkenaan dibentangkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Datuk Sri Wong Soon Koh yang mendakwa Dr Ting hilang kelayakan sebagai ADUN kerana memperolehi kewarganegaraan Australia, berdaftar sebagai pengundi di negara itu dan berikrar taat setia kepada negara di luar persekutuan Malaysia.

Wong yang juga ADUN Bawang Assan berkata, berdasarkan perkara 17 (1) (g) Perlembagaan Sarawak yang menyatakan bahawa mana-mana orang yang dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan asing atau menikmati hak-hak kerakyatan asing akan hilang kelayakan sebagai seorang ADUN.

Menurut Wong, di bawah Perkara 17 (1) (g) Perlembagaan Negeri, Dr Ting bukan seorang yang layak dan sesuai untuk menjadi ADUN Sarawak.

Penyingkiran wakil DAP itu bakal menyaksikan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Pujut.
-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List