Pembangunan ladang dan kilang Kelapa Sawit di Jamoreng telah mengundang kebanjiran pekerja warga asing dan bilangan mereka didapati semakin bertambah.
ADUN Jamoreng Dato’ Murshid DiRaja Dr Juanda Jaya berkata, situasi ini amat ketara sehingga ianya telah menimbulkan kebimbangan.
"Seluruh dunia tahu yang Malaysia adalah negara yang makmur dan mewah sehinggakan ramai burub asing datang ke Malaysia mencari pekerjaan baik secara sah satu pun tidak sah."
Juanda menyatakan, kerajaan bertanggungjawab menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyatnya namun situasi tersebut bagaikan memberi peluang pekerjaan kepada burh asing pula.
Beliau yang ditemui pemberita di lobi DUN Sarawak hari ini mempersoalkan mengapa syarikat-syarikat besar tersebut tidak menggajkan orang tempatan.
"Apakah sudah tiada orang tempatan? Apakah syarikat-syarikat tersebut akan mengalami kerugian besar jika menggaji penduduk tempatan?," katanya sambil menambah, situasi ini tidak boleh diterima sama sekali.
"Apabila kita membawa orang luar bekerja disini, kita kena membayar levi, kos kemasukan, kos penginapan namun semua ini di anggap "lebih mengguntungkan" berbanding menggaji rakyat temptan."
"Saya juga ingin tahu berapa nisbah pekerja asing dan tempatan di ladang-ladang di kawasan saya da seluruh Sarawak amnya," katanya lagi.
Juanda juga menyentuh kehadiran warga Pakistan yang menjual permaidani dan membuka kedai di kawasan saya seolah-olah tiada pemantauan ke atas situasi ini.
"Benarkah mereka ini ada permit kerja? Sejak bila kita "mengimport" pekerja asing menjual permaidani dan membuka kedai di Sarawak?," persoal Juanda lagi.
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®