Tuesday 21 February 2017

Fitnah Setiausaha Politik Menteri Untuk Jejaskan BN Sarawak


Semalam keluar cerita di dalam sebuah blog di mana kononnya seorang setiausaha politik menteri kanan dari Sarawak yang dikatakan telah mengumpul berjuta-juta ringgit dalam masa yang singkat sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penulis blog tersebut juga mendakwa pejabat Menteri tersebut di Putrajaya minggu lepas kononnya telah diserbu SPRM.

Biarpun tidak menyebut nama, penulis blog menggunakan gambar yang sudah dikaburkan namun penulisan tersebut jelas menunjukkan ia menjurus kepada Setiausaha Politik Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar iaitu Dato Sri Syed Hamzah Al-Yahya. 

(Kalau tak percaya cuba google image "wan hamzah unreportednews", keluarlah gambar di bawah ni).



Penulis blog itu juga mendakwa setiausaha politik berkenaan kononnya disiasat kerana beliau meminta rasuah dalam tender dan projek di kementerian itu.

Ironinya, setiausaha politik tersebut ketika saya hubungi petang tadi masih bertugas seperti biasa dipejabatnya di Putrajaya dan agak terkejut dengan berita (palsu yang tersebar di media sosial berkatian dengan dirinya) yang saya sampaikan kepada beliau.

Dato Sri Syed Hamzah juga telah menafikan dengan sekeras-kerasnya apa yang telah didakwa oleh blog tersebut dan juga akan mempertimbangkan akan membuat laporan polis mengenai perkara itu serta mengambil tindakan undang-undang ke atas penulis blog tersebut kerana telah mengfitnah beliau.

Dari pemahaman saya, mana-mana kakitangan kerajaan (tolak Guan Eng DAP sebab dia ingat kerajaan Pulau Pinang bapa dia yang punya) yang dikaitkan dengan kes rasuah, lagi-lagi kes yang berprofil tinggi, suspek akan digantung kerja serta-merta kerana khuatir akan menggunakan kuasanya untuk menjejaskan penyiasatan.

Jadi sekarang kita dah tahu berita tersebut adalah palsu dan persoalan yang perlu kita tanya kini adalah, mengapakah berita palsu itu dibuat dan disebar di media sosial?

Baru-baru ini, Barisan Nasional Sarawak menerusi Datuk Amar Hajah Jamilah Anu pada PRK Tanjong Datu telah mengalahkan calon Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) Johnny Aput dan calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru, Rapelson Richard Hamit dengan majoriti 6,443 undi apabila memperoleh 6,573 undi, manakala Johnny Aput memperoleh 108 undi dan Rapelson 130 undi.

Pada pandangan saya, penyebaran berita palsu ini ada kaitan dengan kemenangan besar ini diterajui oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg bersama-sama pemimpin BN Sarawak dan Pusat yang lain yang turun berkempen.

Namun yang memainkan peranan utama kepada kemenangan tersebut adalah Pengarah Operasi Pilihanraya BN PRK Tanjong Datu Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar iaitu boss Dato Sri Syed Hamzah dimana, kedua-dua mereka telah bertungkus lumus sepanjang tempoh kempen tersebut.

Sememangnya, terdapat pihak yang tidak senang hati dengan kemenangan luar biasa ini dan khuatir ianya menjadi gelombang ikutan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 yang bakal diadakan bila-bila masa saja lagi dan taktik yang paling berkesan untuk menghalang kemenangan ini adalah dengan mencemarkan mereka-mereka yang telah menjadi tulang belakang kemenangan BN Sarawak...


Adios..

The Return Of The UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List