Thursday 3 November 2016

Tolak Stadium Negeri, Bersih 5 Sarawak Ada Tujuan Lain?


Kerajaan, khususnya kerajaan Negeri Sarawak mempunyai alasan tersendiri menolak permohonan penganjur Bersih 5 untuk mengadakan Himpunan Bersih 5 Sarawak pada 19 November ini di venue-venue asal yang diminta oleh mereka.

Penulis berasa, venue asal yang dipohon penganjur Bersih untuk mengadakan perhimpunan tersebut adalah di; Padang Merdeka dan Padang Song Kheng Hai dilihat terlalu berdekatan dengan jalanraya utama serta pusat peniagaan dan ini boleh mengakibatkan kesesakan lalu lintas serta sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini seperti rusuhan atau pergaduhan, peniaga yang berdekatan venue-venue berkenaan yang kelak pastinya akan menjadi mangsa keadaan.

Bukannya hendak menghalang mengadakan perhimpunan Bersih 5 atau apa, pihak berkuasa malah memberi kebenaran khas untuk menggunakan Stadium Negeri bagi tujuan berkenaan.

Ini juga diakui oleh Naib Pengerusi Bersih 5 Sarawak, Ann Teo namun beliau sebaliknya berkata,"Himpunan Bersih 5 Sarawak tidak pernah memohon untuk menggunakan stadium Negeri tersebut dan kami tolak kerana kita merasakan tidak sesuai untuk mengadakan perhimpunan."

"Jika diadakan di Stadium Negeri, ianya akan menyukarkan orang ramai untuk menyertai kerana masalah pengangkutam awam," katanya lagi.

"Objektif Bersih 5 yang akan berlangsung bermula 4 petang hingga 10 malam pada hari itu adalah untuk menyampaikan mesej mengenai keperluan pembentukan institusi, kebebasan bersuara selain kebebasan berpersatuan dan mengadakan perhimpunan aman," kata Ann lagi sambil menambah, pelbagai aktiviti seperti ceramah, pementasan dokumentari pendek, muzik dan puisi.

Beliau yang ditemui pemberita dalam sidang media Himpunan Bersih 5 Sarawak juga menambah mereka akan menghantar notis kepada pihak polis untuk mengadakan himpunan tersebut di Panggung Udara, Kuching.

Penulis beranggapan, sekiranya itu objektif Himpunan Bersih 5 Sarawak, mengapa pula venue yang menjadi masaalah? Gunakanlah Stadium Negeri yang luas itu untuk berhimpun dengan sepuas hati. 

Logistik rasanya tidak akan menjadi masalah bagi Bersih 5 kerana umum tahu mereka mendapat dana LUAR NEGARA berjumlah jutaan dollar Amerika. Takkanlah tak mampu menyediakan pengangkutan kepada peserta?

Kesimpulannya, penganjur sebenarnya berniat untuk berarak di sekitar venue yang mereka telah pilih (seperti yang mereka lakukan semasa himpunan-himpunan Bersih sebelum ini) yang boleh mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan gambaran chaotic di sepanjang perhimpunan tersebut.

Dan bila dihalang polis atau pihak berkuasa nanti, ini akan dijadikan modal mereka untuk menghentam kerajaan di hari kemudian. -UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List