Dakwaan pemimpin PKR bahawa projek Hospital Petra Jaya hanya janji kosong kerajaan adalah tidak benar sama sekali, sebaliknya ia membuktikan betapa pembangkang jelas sudah ketandusan modal menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11, sehingga sanggup menyebarkan fitnah.
Pihak PKR sudah mengelabah dan tidak mempunyai modal lagi menjelang PRN akan datang, memandangkan prestasi amat cemerlang ditunjukkan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, sehinggakan isu dibangkitkan secara semborono, tanpa usul periksa.
Ingin saya kongsi bersama bahawa Hospital Petra Jaya sedang rancak dalam pembinaan dan mengikuti jadual asal siap dan beroperasi menjelang 2017 ( gambar dilampirkan ), manakala kalau YB See Chee How melapangkan sedikit masa untuk ke Sarikei mungkin beliau sedar bahawa Hospital Sarikei telah pun siap dan beroperasi sejak tahun 2005.
Pada masa yang sama, tender dokumen untuk kerja-kerja tanah Kilinik Kesihatan Serian sedang disediakan oleh Jabatan Kerja Rya (JKR) Sarawak.
BN pimpinan YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak di peringkat Pusat dan YAB Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem di peringkat Negeri Sarawak, sentiasa berpegang kepada janji demi kesejahteraan rakyat.
Contoh paling jelas adalah Projek Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 2,300 km bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah sebagai sebahagian daripada janji Kerajaan dalam pilihan raya yang lalu.
Secara keseluruhannya, kos pembinaan Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dianggarkan sebanyak RM16.488 bilion, manakala kos pembinaan Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo Sabah pula dianggarkan sebanyak RM12.8 bilion dengan ia disasarkan siap sepenuhnya 2021 - 2022.
Justeru janganlah mana-mana pihak terutama pembangkang cuba mengelirukan rakyat sedangkan sudah jelas pembangunan yang dibawa oleh Barisan Nasional (BN) sememangnya telah dirasai dan dinikmati oleh rakyat Sarawak dan kita yakin YAB Ketua Menteri akan membawa Sarawak ke peringkat yang lebih tinggi lagi. - KLXpress
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®