Thursday 1 October 2015

Serian Diisytihar Bahagian Ke-12 Sarawak


SERIAN: Serian melakar sejarah baru apabila hari ini secara rasminya diisytiharkan sebagai Bahagian Ke-12 di Sarawak.

Majlis Penyerahan Tugas Baru Pentadbiran Bahagian Serian telah berlangsung di Dewan Masyarakat Serian yang disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Haji Mohd Morshidi Abdul Gani, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak Dato Seri Michael Manyin ak Jawong dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot ak Jaem.

Michael Manyin dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri khususnya Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Adenan Satem yang bersetuju mengangkat Serian sebagai sebuah bahagian baru.

“Selama 5 tahun kita di Serian menyusun perancangan dan pembangunan yang pesat, akhirnya pada hari ini Serian secara rasminya dinaikkan menjadi sebuah bahagian baru yang dikenali Bahagian Serian.

“Kita akan memastikan Serian terus maju dan berkembang pesat dengan membina beberapa lagi infrastruktur antaranya Pejabat Residen Serian sebagai pusat pentadbiran dan membina kompleks pentadbiran yang akan menempatkan bangunan-bangunan kerajaan yang menjadi tunjang kepada pembangunan mampan”, katanya.

Bagaimanapun, menurutnya lagi walaupun majoriti penduduk di Serian ini adalah berketurunan Bidayuh, tetapi Serian ini adalah milik semua kaum.

“Kita di Serian ini hidup bersama tanpa mengira kaum dan sebab itu Serian bukan sahaja milik orang Bidayuh, tetapi juga semua kaum”, ujarnya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada kira-kira 1,000 hadirin yang hadir di hari bersejarah itu.

Michael Manyin turut menggesa kepada seluruh penduduk Serian untuk terus menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sarawak yang telah selama ini telah melaksanakan tugasnya dengan baik khususnya dalam membangunkan kawasan luar bandar.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Haji Morshidi bin Abdul Gani mengumumkan Residen Serian disandang Dahim Nadot dan dibantu Sinde Muling sebagai Pegawai Daerah Serian dan Suhandi bin Tugiman sebagai Pegawai Daerah Tebedu. 

Turut sama hadir ialah Timbalan Speaker DUN Sarawak Datuk Roland Sagah Wee Inn, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Hj Mohd Naroden Haji Majais, Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Jerip Susil, Setiausaha Persekutuan Sarawak Datuk Haji Yahaya Basimin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup Martin Ben, ADUN Sadong Jaya Aidil Lariwoo dan ADUN Balai Ringin Snowden Lawan serta ketua-ketua masyarakat. -klekspress

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List