Wednesday 7 October 2015

Pengerusi DAP Sarawak Sememangnya Angkuh

 
Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee menyifatkan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen sebagai seorang individu yang angkuh.
 
Menurutnya, Chong menginginkan lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tanpa memikirkan rakan pembangkang lain.
 
Dipetik dari sebuah akhbar tempatan, Jofri menyatakan PAS sememangnya menjangka keangkuhan Chong selepas memutuskan keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) Sarawak yang turut dianggotai PAS dan PKR.
 
“Alasan DAP memutuskan hubungan dengan PAS disebabkan pelaksanaan rang undang-undang berkaitan hukum hudud tidak munasabah kerana ia hanya dilaksanakan di Kelantan dan tiada kaitan dengan Sarawak,” katanya dalam kenyataan media di sini semalam.
 
"Kenyataan Chong bahawa PAS tidak relevan di Sarawak antara kenyataan paling angkuh sejak beliau memegang jawatan pengerusi DAP," katanya lagi.
 
Jofri juga mempersoalkan apakah Chong mempunyai agenda tersendiri untuk kepentingan peribadi beliau dan beliau juga suka memaksa rakan pakatan lain seperti PKR untuk patuh dan tunduk kepada kehendak beliau.
 
“Tindakan DAP di bawah pimpinan Chong menyukarkan untuk pembangkang bersatu dan akan menyukarkan hasrat rakyat mengubah kerajaan yang ada sekarang,” katanya lagi sambil menambah, hudud bukan isu yang perlu dibangkitkan di Sarawak kerana Sarawak belum mampu daripada pelbagai aspek pelaksanaan hudud meskipun di kalangan orang Islam.
 
"Isu hudud hanya propaganda politik murahan Chong yang tidak rasional sebaliknya beliau sebenarnya menginginkan lebih banyak kerusi pada PRN akan datang."
 
Jofri berpendapata sekiranya DAP Sarawak terus mengikut telunjuk kepimpinan Chong kemungkinan DAP Sarawak ketinggalan dan sukar mendapat sokongan rakyat daripada kalangan orang Muslim dan Bumiputera lain.
 
"Keegoan DAP meminta semua pihak lain mengikut kehendak dan telunjuk mereka adalah suatu perkara bertentangan dengan keharmonian rakyat Sarawak," selarnya lagi.
 
Beliau juga bertegas PAS Sarawak masih menjalin hubungan dengan PKR sebagaimana diputuskan dalam Muktamar PAS Pusat dan mereka mahu bergabung bersama untuk kebaikan rakyat Sarawak. -UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List