Sunday 18 October 2015

Malaysia Komited Tangani Jerebu


Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar menolak sama sekali persepsi yang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengambil berat akan situasi jerebu yang melanda Malaysia sekarang.
 
"Perkara pertama yang YAB Perdana Menteri tanya kepada saya (ketika saya menyambut kedatangannya) sejurus saja kaki beliau mencecah bumi Malaysia setelah balik dari lawatan luar negara pada minggu lepas adalah berkenaan jerebu."
 
Tambahnya lagi, sejurus kembali ke tanahair, Perdana Menteri terus mengaturkan pertemuan dengan Presiden Indonesia Joko Widodo bagi membincangkan apakah tindakan yang boleh diambil oleh kedua negara (Malaysia dan Indonesia) bagi mengurangkan situasi jerebu yang telah menjejaskan semua negara di rantau ini.
 
"Jelas reaksi Perdana Menteri terhadap situasi jerebu ini menunjukkan keperihatinan beliau akan kesejahteraan dan kehidupan rakyat Malaysia yang telah terjejas dengan fenomena jerebu."
 
"Masyarakat mudah membandingkan tindakan negara asing yang lain ke atas situasi jerebu namun tidak pula mengambilkira tindakan pro-aktif Kerajaan Malaysia dalam menangani masalah jerebu ini," ujarnya.
 
Beliau berkata demikian dalam satu temubual khas bersama sebuah akhbar nasional selepas menghadiri Majlis Perasmian Minggu Alam Sekitar Peringkat Kebangsaan yang dilangsungkan di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur semalam.
 
"Selain dari menghantar pesawat amfibia Bombardier CL415MP ke Indonesia bagi membantu operasi memadam kebakaran hutan di republik itu, Malaysia juga telah menawarkan Indonesia agar mengadaptasikan kepakaran Malaysia dalam pengurusan tanah gambut serta mempelajari strategi menangani masalah pembakaran ladang dan hutan secara terbuka."
 
Jelas Junaidi lagi, Malaysia mempunyai kepakaran dalam penggunaan teknologi perigi bawah tanah yang dipasang di kawasan-kawasan tanah gambut di seluruh negara dan penggunaan teknologi itu terbukti berkesan dalam mengatasi pembakaran hutan yang menyumbang dengan ketara kepada masalah jerebu.
 
"Kepakaran serta pengalaman luas dalam pengurusan tanah gambut menarik minat pihak Indonesia untuk mengadakan lawatan ke negara ini dan saya jangka rombongan dari Indonesia dijangka membuat kunjungan hormat ke kementerian saya dalam usaha mengatasi masalah jerebu sejurus masalah kebakaran di negara itu reda," tambahnya lagi. -UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List