Sunday 20 September 2015

Kisah Benar: Lelaki Sarawak Yang "Pokai" Tapi Jujur


Berapa kerat dari kita dalam situasi kesempitan wang yang kemudiannya menemui wang yang dalam jumlah yang banyak bertindak mengembalikan wang tersebut kepada tuanpunya wang berkenaan? 

Namun bagi Azrol Averroes (nama yang diberi dalam status Page FB Peon JB pada 18 September 2015), warga Sarawak yang kini bekerja di Johor Baharu yang menemui bagtangan yang mengandungi lebih dari RM1,000 , beliau tanpa berfikir dua kali berusaha mencari tuanpunya untuk mengembalikannya.

Tulis beliau: 

Admin minta post kan ya.
Saya ada jumpa satu handbag milik Nor Ashikin Bt Wahab.. mintak dia call sama saya.. 0137894455 Azrol Averroes..dia punya bag saya jumpa tadi..duit ada banyak jugak Rm1108.00.. kasihan sama dia..walaupun saya tak ada duit sekarang,tersepit sikarang tidak mungkin saya mahu ambil ini duit bah..bukan hak saya... kol sajak sama saya...

》Sarawak Johor Bersaudara《

Tq informer

Apa yang menyentuh perasaan pembaca pada status Azrol yang telah mendapat lebih 16,000 likes adalah pengakuan dirinya yang dalam kesempitan wang ketika itu namun tidak mungkin beliau mengambil wang itu kerana ianya bukan miliknya.

Rata-rata pembaca memuji kejujurannya malah memohon tuanpunya wang tersebut memberi sebahagian wang itu kepada Azrol.

Sikap jujur Azrol membuat saya terharu, kerana secara tidak langsung ianya mencerminkan sikap sebenar warga Sarawak, biarpun berkelana di negeri orang dalam keadaan payah namun beliau masih mempamirkan kejujuran dan rasa tanggungjawab kepada harta benda orang lain. Syabas kepada Azrol. - UnReportedNews™®

 

1 comment:

  1. BELIAU SEPATUTNYA DIANGKAT SEBAGAI AIKON REMAJA MALAYSIA DAN WAJAR DIBERI ANUGERAH "KEWANGAN". SYABAS. BELIAU ADALAH KEBANGAAN MALAYSIA. BELIAU TIDAK WAJAR DIGELAR SEBAGAI WARGA SARAWAK SEBALIKNYA SEBAGAI WARGA MALAYSIA YG BERMARUAH.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List