Saturday 15 August 2015

Hentikan Fitnah UMNO Akan Masuk Ke Sarawak


MIRI: Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusuf menegaskan beliau tidak pernah mempromosi UMNO untuk masuk ke Sarawak. (Baca sepenuhnya)

http://www.sarawakiana.net/2015/08/hentikan-fitnah-umno-akan-masuk-ke.html

"Hentikan fitnah siber kononnya saya mempromosi UMNO ke Sarawak. Saya dan Pemuda PBB tidak akan pernah berbuat demikian."

"Seperti ditegaskan pucuk kepimpinan Pusat dan Negeri, UMNO tidak akan masuk ke Sarawak," tegasnya lagi.

Fadillah, yang juga merupakan Menteri Kerja Raya berkata demikian dalam ucapannya selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi Pemuda PBB di Miri semalam.

Sejak kebelakangan ini, terdapat poster palsu yang tersebar di media sosial yang kononnya Fadillah sedang dalam usaha membawa UMNO ke Sarawak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden UMNO bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem (Presiden PBB) juga telah acap kali menafikan yang UMNO akan masuk ke Sarawak.

Fitnah tersebut dilihat sebagai usaha pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memecahbelahkan PBB serta mengganggu gugat hubungan rapat PBB dan UMNO. - Sarawakiana

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Adakah scandle 1MDB sudah berakhir? Mana artikel pertahankan 1MDB seterusnya ataupun sudah habis idea utk pertahankan?

    Dapatkan lebih quota utk Sarawak demi kebaikan rakyat Sarawak dari Ds Najib kerana beliau seorang pemurah selagi masih berkuasa. Sudah terlalu lama Sarawak dibuli oleh kerajaan Persekutuan.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List