Wednesday, 20 May 2015

Aziz Isa "Sekolahkan" PKR Sarawak


Penyelaras Pusat Khidmat DAP Tupong Abdul Aziz Isa menyelar sikap PKR Sarawak yang mempertikaikan barisan kabinet bayangan DAP yang diumumkan baru-baru ini. 

Umum tahu yang DAP dan PKR di Sarawak kini sedang dalam keadaan "perang dingin" dan bagaikan menyiram minyak ke dalam api, Aziz, yang juga penolong khas kepada Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen "membelasah" PKR Sarawak menerusi status di akaun Facebooknya.

Menurut Aziz, adalah lebih baik sekiranya PKR Sarawak menumpukan perhatian tentang masalah rakyat, ekonomi setempat, projek terbengkalai, masalah kemiskinan, penindasan masyarakat Dayak, sosio-ekonomi Melayu, pendidikan sekolah Cina, kes kebajikan ibu tunggal, autonomi Sarawak dan sebagainya daripada menjadikan pemilihan barisan kabinet bayangan DAP itu sebagai satu isu.

"(PKR Sarawak) sibuk hal DAP tetapi hal rakyat diketepikan .. apa yang nak disibukkan dengan DAP membariskan kabinet bayangan sendiri?," persoal Aziz.

"Ya Shadow Cabinet DAP, tak ada kaitan dengan PKR dan PAS. Sekira mereka (PKR dan PAS) tidak setuju, buatlah kabinet bayangan sendiri."

"Janganlah nak sibuk dengan hal orang lain .. tak ada orang nak memuji cara kamu itu .. nanti saya cakap lebih, main saman pula .. cakap pun tak guna," sindir Aziz lagi.

Sebelum ini, Aziz Isa dikatakan akan disaman oleh naib ketua wanita PKR Malaysia Voon Shiak Ni diatas dakwaan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Voon. (Baca sepenuhnya)

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List