Wednesday, 6 February 2013

SEMAKAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) 2.0

-DIJANGKA SERAMAI 4.3 JUTA ISI RUMAH SERTA 2.7 JUTA INDIVIDU BUJANG AKAN MENDAPAT MANFAAT DARI BR1M 2.0 YANG MELIBATKAN PERUNTUKAN BERJUMLAH RM3 BILION-


Secara umumnya, tarikh tutup BR1M 2.0 (Bantuan Isi Rumah RM500 dan Individu Bujang RM250) adalah pada 31hb Disember 2012, seperti yang dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai kepada Dewan Rakyat pada 18hb Disember 2012 lalu.

Beliau juga menerangkan, setakat 12 Disember, sebanyak 1.9 juta borang permohonan BR1M 2.0 (meliputi 1.4 juta pemohon bujang dan 435,232 pemohon berkeluarga) sementara pengedaran borang BR1M 2.0 dan pendaftarannya telah bermula sejak 1 November hingga 31 Disember 2012 sementara  pengagihan BR1M 2.0 akan bermula pada awal 2013.

PERINGATAN:

Pengagihan BR1M 2.0 adalah sepertimana BR1M yang sebelum ini yang dibuat secara berperingkat-peringkat dan kepada pemohon-pemohon yang telah membuat permohonan BR1M 2.0, sesiapa yang layak pasti akan mendapat bantuan tersebut selewat-lewatnya hujung bulan Februari 2013.

Penerima yang layak akan diberitahu melalui pos sama ada layak atau pun tidak mendapat bantuan tersebut dan diberitahu tempat penyerahan baucer BR1M 2.0 tersebut.

Dan mana-mana pemohon yang gagal, anda boleh membuat permohonan rayuan BR1M 2.0 dengan borang permohonan rayuan BR1M 2.0 yang akan disediakan di semua cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).


CARA MENYEMAK STATUS BR1M 2.0 

1. Pemohon boleh menyemak BR1M 2.0 secara online dengan menghubungi talian hotline LHDN   1-800-222-500 dan 1-300-88-3010 dimana talian telah dibuka mulai Januari 2013.

2. Pemohon boleh menyemak status permohonan tersebut dengan menghantar ke email ini  belanjawan2012@treasury.gov.

3. Anda boleh menyemak permohonan anda di setiap cawangan LHDN yang berdekatan dengan anda selepas 10hb Febuari 2013

NO TALIAN LHDN DI NEGERI SARAWAK

PEJABAT PENGARAH NEGERI SARAWAK TEL. AM : 082-223400 
   
CAWANGAN KUCHING TEL. AM : 082-223400

CAWANGAN MIRI TEL. AM : 085-462400 
    
CAWANGAN BINTULU TEL. AM : 086-854500

CAWANGAN SIBU TEL. AM : 084-238120 

PUSAT KHIDMAT HASIL LIMBANG TEL. AM : 085-217200
     
PUSAT KHIDMAT HASIL MUKAH TEL. & FAKS : 084-874486

PUSAT KHIDMAT HASIL SRI AMAN TEL. AM : 083-322488

PUSAT SETEM SARIKEI TEL. AM : 084-653622  

PUSAT SETEM LAWAS TEL. AM : 085-283658


-UnReportedNews™®

1 comment:

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List