Thursday 26 February 2015

Pembangkang Sarawak Sudah "Gegar" Dengan Adenan Satem?


Ketrampilan tegas, fokus dan perihatin yang dipamerkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem pada siaran langsung "Rancangan Khas Bersama Ketua Menteri Sarawak" di RTM Auditorium P.Ramlee, Kuching semalam pastinya membuat pembangkang, khususnya di Sarawak tak lena tidur dek kerisauan.

Mana ke tidak, secara umumnya, Adenan telah secara bersantai menangkis segala tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang selama ini terhadap kerajaan negeri Sarawak.

Sedar tak sedar, sudah setahun beliau memegang jawatan sebagai Ketua Menteri dan dalam tempoh tersebut, banyak langkah-langkah siknifikan yang telah diambil beliau dalam usaha memperkasakan kerajaan disamping menarik keyakinan dan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Antara langkah-langkah Adenan yang memberi impak yang besar, khususnya bagi golongan kaum Cina di Sarawak adalah mengenepikan perbezaan politik atas dasar kemanusiaan apabila beliau mengumumkan bantuan sebanyak RM1 juta ringgit untuk merawat kanser yang dialami bekas Pengerusi DAP Sarawak (Mendiang) Wo Ho Leng.

Secara jujurnya, pada mulanya, ramai yang agak skeptikal akan tindakan beliau ini dan beranggapan ianya hanya membazirkan wang sahaja namun Adenan tetap dengan perinsipnya dan tindakannya menampakkan hasil apabila sedikit demi sedikit sokongan kaum Cina mula beralih kembali kepada kerajaan. (Baca sepenuhnya)

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List