Saturday 13 December 2014

Pasangan Suami-isteri Ditemui Mati Dalam Keadaan Misteri Di Kuching


Dua mayat, seorang lelaki dan wanita ditemui dalam keadaan separa reput didalam sebuah kenderaan di Santubong berdekatan Bandaraya Kuching di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi Sarawakiana mengesahkan kejadian sambil menyatakan polis menerima maklumat tersebut menerusi panggilan talipon dari orang awam.

"Setelah mendapat maklumat dari orang ramai lebih kurang jam 8 pagi, sepasukan polis menemui sebuah kereta jenis Proton Saga  (JCN4655) yang diletakkan di tepi jalan menuju ke Kampung Sungai Tiram, Pasir Pandak, Santubong."

"Kenderaan di temui dalam keadaan berkunci dan polis kemudiannya mendapati terdapat dua mayat; seorang lelaki dan wanita dalam keadaan 20 peratus reput."

"Mayat lelaki di temui dalam keadaan duduk di tempat duduk pemandu sementara mayat wanita berkenaan di temui dalam keadaan berbaring di tempat duduk penumpang hadapan."

Siasatan awal polis mendapatui tiada kesan kecederaan di kedua mayat, tiada kehilangan harta benda dan tiada tanda kerosakan pada kenderaan tersebut.

Polis telah mengenalpasti identiti kedua mayat sebagai pasangan suami isteri; Aziz Mohamad Basiron (lelaki), 30-tahun dari Kampung Semilang, Kuching dan Sharipah Aini Wan Mohamad (wanita), 27-tahun dari Kampung Hilir, Beladin, Pusa.

Polis juga sedang mengesan waris kedua mayat dan bedah siasat akan dilakukan pada jam 3 petang ini di Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menentu punca kematian.

Kes diklasifikasikan sebagai SDR (mati mengejut) sehingga laporan bedah siassat itu diperolehi. - Sarawakiana

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List