Monday 27 October 2014

Rahsia Mengapa Pemimpin Kanan PKR Sarawak Keluar Parti?


Pertama sekali, UnReportedNews™® ingin mengucapkan syabas dan tahniah buat bekas Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Petra Jaya Idris Haji Bohari semalam kerana telah meninggalkan PKR dan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem.

Idris, 52, yang dipetik dari Sarawakiana menyifatkan untuk tindakannya untuk "berhijrah" dari PKR dengan mengumumkan meletak jawatan dan sekaligus mengistihar keluar parti dengan serta merta untuk mengambil keberkatan tahun baru Maal Hijrah ini.

Namun mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapakah Idris mengambil keputusan tersebut.

Alasan Idris meninggalkan PKR yakni beliau ingin memberi perhatian sewajarnya kepada pejuangan untuk membina keluarga yang terbaik mungkin juga telah terdorong oleh satu perkara yang hanya diketahui oleh sesetengah orang. 

Namun sebentar tadi, UnReportedNews™® mendapat maklumat tentang satu pertemuan di antara Idris Haji Bohari atau lebih dikenali lagi dengan nama "Atuk Idris" di media sosial Facebook dengan seorang pemimpin veteran Barisan Nasional (BN) Sarawak seminggu sebelum beliau mengumumkan keputusan untuk keluar PKR.

Pertemuan hampir setengah jam tersebut dikatakan telah berlangsung beberapa jam sebelum pemimpin BN tersebut menghadiri satu majlis rasmi berdekatan Bandaraya Kuching ini.

Malangnya, perkara yang telah dibincangkan di antara Idris dan pemimpin BN berkenaan tidak pula diperkatakan. 

Mungkinkah pertemuan tersebut adalah secara kebetulan ataupun tidak, namun sedikit sebanyak ianya pasti menimbulkan persoalan.

Adakah pertemuan ini yang sebenarnya telah mendorong Idris meninggalkan PKR?

Walau apapun sebabnya, UnReportedNews™® mendoakan Idris, yang bertekad untuk melupakan politik pembangkang dan bergiat aktif dalam NGO untuk meneruskan khidmat kepada masyarakat agar terus sukses hendaknya.


-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Ternyata pembangkang Swak sebenarnya keliru dgn perjuangan, sering melihat peluang di mana lebih cerah.. Begitu juga presiden Parti Reformasi Negeri Sarawak (Star) dulu begitu lantang mengkritik kepimpinan Ketua Menteri satu ketika, akhirnya membuat pusingan u-turn dengan menyatakan sokongan kepada BN. Kenyataan pembangkang kdg2 tidak boleh dianggap sebagai satu pendirian, mereka selalu flip-flop bila melihat ada peluang di pihak lain..

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List