Thursday 16 October 2014

Lelaki Bunuh Anak Bekas Ketua CID Sarawak Didakwa Jumaat Ini

Rita dan abangnya, Dr Michael Chye dibunuh dalam kejadian berasingan di Australia
MELBOURNE: Seorang lelaki akan didakwa di Sydney pada Jumaat ini kerana membunuh anak perempuan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Peter Chye di rumahnya di Sydney lebih 24 tahun lepas. 

Chye turut kehilangan anak lelakinya Michael, seorang doktor bergelar jutawan, yang ditembak mati di Sydney 10 bulan sebelum itu.

Akhbar Daily Telegraph melaporkan lelaki yang ditahan itu, seorang warga Australia yang tinggal di Thailand, ditahan detektif daripada Skuad Homisid sejurus tiba di Sydney menerusi penerbangan dari Kuala Lumpur pada Ogos lepas.

Rita Caleo (nee Chye), 39, ibu dua anak, ditikam sehingga mati di apartment mewahnya di kawasan eksklusif Double Bay di Sydney pada awal pagi 10 Ogos 1990.

Caleo, seorang ahli perniagaan, ditikam di dalam bilik tidurnya, manakala bayi perempuan dan anak lelakinya berusia empat tahun tidur di bilik bersebelahan.

Pengasuh yang tinggal bersama mereka terdengar bunyi bising dari bilik tidur utama sebelum menemui mayat wanita itu pada 1.30 pagi.

Ketika kejadian, Mark Caleo, suami Rita, sedang bekerja di sebuah daripada dua restoran Itali miliknya di Sydney. Difahamkan, mereka mempunyai sebuah restoran, juga dinamakan Caleo, di Kuala Lumpur.

Lelaki yang ditahan itu masih remaja ketika pembunuhan itu berlaku dan dipercayai mempunyai kaitan dengannya. (Baca sepenuhnya)


-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List