Monday 15 September 2014

#PRKPENGKALANKUBOR : PAS UMPAN RM300-RM2,000 BAGI SETIAP UNDI?


Sekarang ini sedang berlangsung hebat acara berkempen di seluruh Pengkalan Kubor. PAS bersungguh-sungguh mahu menawan kubu kuat UMNO selama tiga penggal berturut-turut itu dengan pelbagai taktik dan dakyah termasuklah menyerang peribadi calon BN dan juga memperlekehkan pondok pengajian yang dibina oleh calon UMNO itu.

Namun yang paling menarik adalah apabila Jentera PAS menjadikan golongan muda sebagai sasaran apabila mereka mula memainkan isu yang mempersoalkan kemampuan calon BN sekarang meneruskan legasi bekas ADUN Pengkalan Kubor dahulu. Jentera PAS turut mengugut pengundi sekiranya tuntutan royalti minyak berjaya diperolehi, kawasan Pengkalan Kubor yang dimenangi oleh UMNO-BN tidak akan menerima satu sen pun royalti berkenaan.

Sedangkan Kerajaan Negeri Kelantan sendiri masih tercari-cari ruang dan kelemahan pada akta yang berkaitan untuk merealisasikan tuntutan mereka. Malah lebih tepat lagi, kempen royalti minyak sudah semakin hampir menyamai kempen HUDUD yang PAS pernah popularkan sedikit masa lalu sebelum PKR dan DAP mematikan kempen tersebut dengan ancaman, ugutan dan penghinaan ke atas PAS.

Daripada maklumat yang diperolehi, jentera PAS itu turut menawarkan pembelian ke atas Pemuda UMNO Cawangan dan PDM pada kadar harga antara RM300 sehingga RM2000 bagi memastikan mereka memberikan sokongan serta bekerja untuk PAS. Kerja utama mereka adalah untuk menarik pengundi-pengundi muda secara senyap sepertimana yang berlaku di Teluk Intan.

Untuk tujuan tersebut, PAS dikatakan telah memperuntukkan dana sekitar RM450,000 sehingga RM480,000 bagi memastikan golongan muda berpihak kepada mereka.

Manakala Jentera Dewan Muslimat dan Briged Muslimat pula bergerak dari rumah ke rumah dengan menjadikan golongan ibu tunggal, fakir miskin dan OKU sebagai sasaran. Mereka menggunakan slogan, UNTUK AKHIRAT.

PAS turut melakukan penyebaran risalah sekitar jam 4:30 pagi sehingga jam 5:30 pagi.

Pada masa yang sama, PAS juga sedang berusaha untuk mencungkil latar belakang peribadi calon UMNO-BN yang dikatakan pernah berkahwin sebelum ini tetapi tidak mempunyai anak. Bekas isteri calon UMNO-BN dikatakan telah menetap di Kuala Lumpur dan berkahwin lain.  

Tidak ketinggalan juga FITNAH yang sedang gigih dimainkan dan disebarkan oleh jentera propaganda PAS melibatkan kaum nelayan. Pengerusi Persatuan Nelayan yang pro-PAS dikesan memainkan isu bantuan one-off RM200 kepada nelayan. Menurutnya, bantuan itu sebenarnya berjumlah RM800 tetapi kerajaan dan Perikanan telah menyebat duit mereka sebanyak RM600. Oleh kerana itu, pihak kerajaan menurutnya, telah berhutang kepada setiap nelayan wang berjumlah RM600.

Dakyah tersebut dilihat memberi kesan apabila para nelayan yang kurang membaca sebaliknya sekadar mendengar cakap-cakap dan ceramah, mula termakan dengan hasutan berkenaan.

Nampaknya, PAS menggunakan apa-apa sahaja kaedah dan menghalalkan apa-apa sahaja cara asalkan matlamat mereka untuk menawan DUN Pengkalan Kubor tercapai! -The Flying Kick 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List