Monday 22 September 2014

Akhirnya Wan Azizah "Redha" Azmin Sebagai MB Selangor


SHAH ALAM: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau menerima dengan hati terbuka pemilihan Timbalan Presidennya Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar (MB) Selangor yang baharu.

"Saya menerima dengan hati yang terbuka keputusan yang telah dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor yang memperkenankan YB Mohamed Azmin Ali, sebagai MB Selangor yang baharu.

"Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang bermesyuarat pada hari ini juga sebulat suara bersetuju agar YB Tuan Mohamed Azmin Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, diangkat sebagai MB Selangor," katanya dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Dr Wan Azizah berkata keputusan itu dibuat bagi menyelesaikan kemelut MB Selangor, selain memelihara kepentingan rakyat di negeri ini.

"Saya yakin bahawa PKR telah kekal mempertahankan prinsip demokrasi raja berperlembagaan.

"Walaupun proses pelantikan ini pada hemat saya tidak menepati peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, saya percaya tumpuan perlu dikembalikan kepada usaha membela rakyat di Selangor," kata Dr Wan Azizah.

Sebentar tadi, Azmin telah mengesahkan pelantikannya sebagai MB Selangor yang ke-15 berkuat kuasa esok selepas Istiadat Angkat Sumpah dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan di Istana Alam Shah, Klang pada 10.30 pagi. -Sarawakiana

-UnReportedNews™®

1 comment:

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List