Saturday 9 August 2014

PULAK DAH, NUAR BRAHIM SI MANGKUK HAYUN AKUI KHALID BAGAI AHLI KELUARGANYA


Setelah pelbagai cara, termasuk membuka "keaiban" Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim di khalayak umum dalam usaha menggantikan isterinya Wan Azizah Kipas sebagai MB Selangor baru menemui jalan buntu, Nuar Brahim kini seakan cuba berubah "tona" yang lebih lembut terhadap Khalid dengan mengakui Khalid bagaikan ahli keluarganya sendiri.

Nuar Brahim dalam satu sidang akhbar semalam dipetik sebagai berkata, "Khalid seperti ahli keluarga dan beliau tidak mahu mengeruhkan hubungan kekeluargaan."

Ye ke Khalid ni seperti ahli keluarga buat Nuar? Setahu aku, yang betul-betul dan sahih ahli keluarga Nuar berkaitan dalam isu MB Selangor ini adalah Wan Azizah Kipas, isteri Nuar. Ade kah ahli keluarga menghentam sesama sendiri sedemikian rupa?  

Nasihat Nuar, "Semua anggota (Pakatan Rakyat) untuk memberi fokus kepada kenyataan dan bukan emosi demi parti" sepatutnya digunapakaikan kepada dirinya sendiri.

Nuar terdahulu sepatutnya bertanya pandangan rakan-rakan komponen PR  termasuk PAS sebelum membuat keputusan untuk menyingkirkan Khalid namun sebaliknya, Nuar yang mengikut emosinya dengan terus mengumum isterinya si Wan Azizah Kipas sebagai MB Selangor yang baru.

Di harap Khalid jangan "tergagap" kembali dengan muslihat Nuar Brahim ini. "Lawan terus lawan". Kekeke!!! 

PS: Dalam hal ini, PAS yang sebenarnya lebih layak dianggap sebagai ahli keluarga Khalid kerana telah mempertahankan maruah Khalid sebagai MB Besar Selangor..

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Ini baru betul kisah 1001 malam punya cerita,akan ada sambungannya kalau khalid tak letak jawatan ,kita tunggu dan lihat

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List