Wednesday 20 August 2014

ADUN NANGKA (PBB) & JAIS DI FITNAH SUBAHAT ANJUR PERTANDINGAN RATU KEBAYA PONDAN (UPDATED)


Weh semakin menjadi-jadi lak tabiat mengfitnah secara terbuka pembangkang di Sarawak ni.

Terkini seorang individu yang mengakui ahli PAS di status akaun Facebooknya telah secara sinis dan terbuka mendakwa ADUN Nangka Dr Annuar Rapaee dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah bersubahat di dalam penganjuran pertandingan Ratu Kebaya Pondan di Sibu.

Biarpun status akaun tersebut kemudiannya telah di padamkan oleh si penulis berkenaan, namun sedikkt sebanyak ianya telah mencalar imej ADUN berkenaan dan juga JAIS.

Siasatan lanjut berkaitan perkara tersebut oleh rakan cyber Mazri Zaini kemudiannya mendedahkan TIADA pertandingan RATU KEBAYA PONDAN seperti yang didakwa oleh si penulis.


Dan dakwaan ini turut dinafikan oleh Pengerusi Pentas Melayu/Melanau Kaunselor Zaiton Abdul Kader pada status akaun Facebooknya.

Di harap ADUN Nangka Dr Annuar Rapaee serta JAIS mengambil tindakan susulan mengenai perkara ini dengan membuat laporan polis ke atas tindakan yang tidak bertanggungjawab ini agar menjadi pengajaran kepada mana-mana pengfitnah cyber yang lain!

(Updated) ADUN Nangka Dr Annuar Rapaee telah pun maklum akan perkara ini dan beliau ketika di hubungi UnReportedNews™® mengesahkan beliau sudah pun menghubungi JAIS agar membuat siasatan di atas dakwaan tersebut. 

Sumber dari JAIS pula memberitahu UnReportedNews™® TIADA sebarang aktiviti seperti yang didakwa oleh si penulis tersebut. 

Sekali lagi UnReportedNews™® berharap pihak-pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya dengan membuat laporan polis kepada penabur-penabur fitnah sebegini yang jelas ingin memberi onar kepada pemimpin-pemimpin BN/PBB agar menjadi pengajaran kepada yang lain!!!

-UnReportedNews™®

1 comment:

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List