Thursday, 31 July 2014

ISRAEL FITNAH MALAYSIA SEBAGAI SARANG LATIHAN PEJUANG HAMAS


KUALA LUMPUR: Seorang pejuang Hamas yang ditahan Israel mendedahkan dia menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan menggunakan payung terjun berkuasa, menurut satu laporan Jerusalem Post.

Shin Bet (Agensi Sekuriti Israel) berkata suspek tersebut merupakan seorang komander sebuah unit Hamas yang berjaya ditahan di Khan Younis.

Pejuang itu memberitahu para penyiasat bahawa latihan yang diterimanya adalah sebahagian daripada persiapan Hamas untuk menentang Israel di Semenanjung Gaza.

Pejuang itu dikatakan menyertai Hamas pada tahun 2007 dan menjadi ahli sayap ketenteraannya yang bernama Izzadin Kassam.

Dia dilaporkan ke Malaysia pada 2012, di mana dia dan sembilan anggota Hamas lain menjalani latihan menerbangkan payung terjun berkuasa.

Shin Bet berkata pejuang Hamas itu menyertai unit rizab Hamas pada tahun yang sama dan telah ditugaskan untuk operasi-operasi khas.

Pada tahun 2013, pejuang Hamas itu menyertai unit elit dan menerima senapang Kalashnikov untuk dibawa bersamanya pada setiap masa.

Dia kemudian dilatih menggunakan senapang M-16, bom tangan roket dan bom lain.

Pejuang-pejuang tersebut juga telah diajar bagaimana untuk menculik askar dan cara peperangan dalam terowong.

Shin Bet berkata pejuang Hamas itu dijadualkan untuk melatih pejuang lain dalam kemahiran pertempuran bulan ini. (sumber)


Timbalan Menteri Dalam Menteri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam responnya terhadap lapuran ini menafikan sekeras-kerasnya terhadap pertuduhan ini.

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Rupanya rejim haram ni terkesan juga dgn malaysia sehingga terpaksa cipta fitnah malah sanggup meletupkan flight malaysia. Ada ketikanya nanti rejim haram ini akan tersungkur di bawah kasut palestin. Tunggu sahajalah masa tersebut...

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List