LONDON: Seorang lelaki bertindak kejam terhadap menantu perempuannya dengan menikam kedua-dua belah matanya selepas tersalah sangka bahawa menantunya menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki beragama Islam yang berasal dari Pakistan.
Manjit Singh Mirgind, 51, menyerang Jageer Mirgind dengan kejam menggunakan pisau dan menggorek mata menantunya itu di depan dua anak Jageer.
Ia menyebabkan Jageer menjadi buta manakala anak-anaknya pula mengalami trauma akibat kejadian itu dan tidak dapat tidur malam.
Manjit menyifatkan perbuatan Jageer itu sebagai memusnahkan keluarganya selepas dia tersalah sangka bahawa menantunya itu meniduri seorang lelaki Pakistan, sedangkan hakikatnya Jageer menjadi mangsa beberapa panggilan palsu.
Menurut kertas pertuduhan mahkamah, Manjit telah menendang muka Jageer sebelum menariknya ke dapur di mana dia telah menendang mangsa hingga lemah dan menikam kedua-dua mata mangsa.
Akibat kekejamannya itu, Manjit dihukum penjara 10 tahun. Manakala Jageer dan anak-anaknya telah berpindah ke tempat lain. (sumber)
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®