Thursday 12 June 2014

DUA POLIS DISYAKI "KAKI POW" DIBERKAS!!!


MIRI: Dua anggota polis yang dipercayai terlibat memeras ugut seorang lelaki warga Brunei pada Sabtu lepas berjaya diberkas di dua tempat berasingan di Miri, malam kelmarin.

Tangkapan ke atas kedua-dua suspek dilakukan berikutan aduan yang dibuat mangsa, 28, di Balai Polis Lutong sekitar jam 4 petang kelmarin.

Dalam aduannya, pengadu yang bekerja sebagai penyelenggara lif memberitahu sekitar jam 7 malam, 7 Jun lalu di kawasan sebuah pasar raya di Tudan, beliau telah berjumpa seorang lelaki yang diperkenalkan oleh seorang kawannya.

Menurut pengadu, lelaki terbabit ada menghubunginya pada hari sama dan memberitahu ingin berjumpanya untuk urusan penghantaran barang dari Malaysia ke Brunei.

Bagi memudahkan urusan perbincangan, pengadu telah mengajak lelaki terbabit ke keretanya yang diletakkan di kawasan berhampiran.

Setelah itu, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Proton Persona lalu menghalang kereta pengadu dan serentak itu, keluar dua lelaki India lalu memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

Mereka kemudian membawa pengadu ke Lutong dan menggeledah keretanya serta mengambil beberapa barang seperti satu unit komputer riba dan satu projektor jenama Acer, sebuah telefon bimbit jenama Sony Xperia serta wang tunai B$400.

Tidak cukup dengan itu, mereka turut mengarahkan mangsa supaya menyerahkan lagi B$2,000 dan menghubungi salah seorang daripada mereka menerusi nombor telefon yang diberi sekiranya telah mendapat sejumlah wang yang diminta.

Ketiga-tiga suspek memberitahu hanya akan memulangkan barang yang diambil setelah pengadu menyerahkan B$2,000 seperti yang diminta.
Bagaimanapun, mangsa tidak menyerahkan wang yang diminta dan berikutan itu, dia mengalami kerugian bernilai RM2,848.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 7.50 malam kelmarin, polis berjaya memberkas suspek pertama berusia 33 tahun dari Kem Komandan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri di sebuah bilik sewa di Jalan Lee Tak, Miri kerana disyaki terlibat dalam kes itu.

Manakala suspek kedua berusia 30 tahun dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri diberkas pada jam 8.30 malam di kuarters PGA.

Sekitar jam 9.50 malam hari sama, polis pergi ke sebuah kedai makan di pusat bandar untuk merampas barang kes daripada tuan punya kedai berkenaan.

Sementara itu, kedua-dua suspek yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret petang semalam diperintahkan supaya direman dua hari mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk membantu siasatan lanjut polis.

Tempoh reman ke atas mereka akan tamat pada 13 Jun ini. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List