Friday 27 June 2014

TEMENGGUNG DI SARAWAK GUNA GELARAN DATO' SRI PALSU?


Baru-baru ini UnReportedNews™® telah menerima satu email salinan surat dari pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Dato' Haji Mohd Faudzi Che Mamat mengenai gelaran "Dato' Sri" yang digunapakai oleh Temenggung Tan Kian Hoo dari Kapit, Sarawak adalah tidak sah.

UnReportedNews™® juga di fahamkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini Temenggung Tan Kian Hoo telah menggunapakai gelaran Dato' Sri dalam majlis-majlis formal di Sarawak yang didakwanya telah dianugerah dari Sultan Kelantan.

Semoga posting ini memberi pencerahan kepada rakan-rakan media serta orangramai khususnya di Sarawak and Malaysia amnya ke atas status gelaran "Dato' Sri" yang telah digunapakai oleh individu tersebut.

KUCHING, Khamis - Gelaran Dato ' Sri yang dipakai Tan Kian Hoo, seorang ahli perniagaan berasal dari Kapit didapati tidak sah.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Dato' Haji Mohd . Faudzi Che Mamat dalam satu kenyataan berkata, Sultan Kelantan tidak pernah mengurniakan darjah dan bintang kebesaran yang membawa gelaran Dato' Sri kepada ahli perniagaan itu. 

Menurutnya, semakan pejabat pentadbiran mendapati tiada terdapat Darjah Kebesaran Negeri Kelantan yang dipanggil Dato' Sri D' Raja dianugerahkan kepada lelaki berkenaan.

"Suka cita saya maklumkan bahawa mengikut rekod pentadbiran ini, tidak ada nama Tan Kian Hoo pernah dikurniakan apa-apa Darjah Kebesaran Negeri Kelantan yang membawa gelaran Dato' Sri," katanya.

Katanya, hanya Kebawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Al-Sultan Kelantan sahaja yang mempunyai kuasa hak mutlak untuk mengurniakan Darjah Kebesaran Negeri Kelantan yang dipanggil Dato' Sri D' Raja.

Difahamkan, Kian Hoo yang juga merupakan pemimpin komuniti Cina Kapit menggunakan darjah kebesaran itu setelah dianugerah oleh Yang di-Pertua Persatuan Kerabat D' Raja DYMM Long Yunus, Tungku Panglima Raja pada 20 September 2012.

Bagaimanapun, gelaran dianugerahkan itu tidak sah mengikut Perkara 43 (1) Undang-Undang Perlembangaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) yang memperuntukkan bahawa: Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah pangkal segala kemuliaan dan kebesaran dalam negeri ini dan Bagindalah sahaja boleh mengurniakan gelaran dan kebesaran serta mengadakan Pangkat-Pangkat Kemuliaan, Pingkat-Pingkat Kebedaran dan Kehormaatan. (Utusan Sarawak MS 15, 27 June 2014)

PS: Kok ya pun nak meroyan sangat bergelar "Datuk" tu, tak payahlah carik title dari "jalan belakang", memalukan betul jer. Tengok macam aku, aku pun Datuk nih, dah bercucu nih! Kekeke!!! 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List