Thursday 12 June 2014

"INI KAKI BABI LEH"?, AWAS UMAT ISLAM MAKAN DI FOODCOURT DI KUCHING?


Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuhu.
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Ya ALLAH ampunilah dosa saya seandai apa yang apa saya tulis ini tidak tepat dan seandai nya tepat ia nya keizinan yang maha-Esa.

1.Kejadian ini berlaku di pusat membeli belah The Spring, Jalan Simpang Tiga, Kuching. Pada 10 /06/14 saya bersama dua orang rakan lebih kurang jam 7:40 pm ketika menikmati makanan di WARUNG **** ********* yang terletak di Tingkat 1 The Spring Foodbazaar (Food Court) saya merasa curiga dan mengesyaki menu SOTO AYAM SEMARANG yang dihidangkan menggunakan sup kaki khinzir dan bukannya sapi (Lembu).


2.Kejadian di sedari apabila salah seorang rakan saya telah ternampak "tulang yang agak meragukan" dalam periuk belanga sup restoren tersebut dan memberitahu saya. Perasaan was-was membuatkan saya terus pergi ke kaunter warung tersebut dan menggesa petugas warung berkenaan membuka periuk belanga serta mengaut isi sup itu. MASYA ALLAH, terkejut saya kerana "keping-kepingan daging" sup tersebut tidak langsung menyerupai potongan-potongan daging lembu atau ayam.

3.Lagi mengeruhkan keadaan apabila salah seorang pekerja di premis tersebut berbohong mendakwa dirinya sebagai seorang penganut agama Islam berasal daripada Indonesia. dan berkahwin dengan orang tempatan berbangsa Cina yang empunya warung tersebut. Saya dan rakan terus menyiasat latar belakang suaminya dan mendapati beliau mengusahakan sebuah non-halal restoran yang terletak di Batu Tiga. (Nama kedai tersebut saya akan dedahkan nanti).

4.Sebelum meninggalkan permis berkenaan, saya menunjukkan gambar tersebut dan bertanya apakah makanan itu kepada sorang amoi Cina yang berkebetulan lalu di sana. Dia memerhati gambar tersebut dan tanpa ragu menjawab, "INI KAKI BABI LEH!!!"

5.Aduan secara resmi telah saya laporkan semalam di Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bhg Penguatkuasaan Halal, Tingkat 12 Kompleks Islam Sarawak agar tindakan dan siasatan lanjut dapat diambil untuk memastikan tiada lagi umat Islam di negeri ini tertipu demi agama, bangsa dan negara.

6. Lokasi premis tsb terletak di kawasan masyarakat majmuk pelbagai bangsa dan kepercayaan agama. Sepatutnya sbg kewajipan pengusaha premis meletakan tanda amaran "Non Halal Food" kpd pelanggan. (sumber)

PS1: Pihak pengurusan The Spring membuat penafian mengenai perkara ini dan menegaskan bahan makanan yang digunakan adalah halal.

PS2: Tindakan susulan menjurus kepada posting ini; Menteri Hal Ehwal Islam Datuk Haji Daud Abdul Rahman mengesahkan  SEMUA permis makanan di The Spring TIDAK memnpunyai sijil halal.

-UnReportedNews™®

3 comments:

  1. Gerai food court yg jual makanan indonesia itu ke ? Coz kedai tu sahaja yg jual soto dgn nama menu tu...nauzubillah...nasib baik xmakan kat situ td bro

    ReplyDelete
  2. Aloh la kesin nyo, kenapa salah pilih kedai? lain kali tanya dulu! restoran atau warung Islam tidak banyak di kawan itu, lain kali cari sekitar Pekan Satok atau lebih baik maju ke depan sikit Petra Jaya, baru ada restoran orang Islam. Bukan salah mereka, memang kene hati-hati dalam mencari makanan Islam di sana. Kalau anda tidak biasa di sana, anda tidak akan dapat memezakan orang Islam atau tidak sebab rupa paras hampir serupa. Tanya, mereka pasti akan tunjuk arah.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List