Saturday 1 March 2014

PEMBANGKANG "KURANG HAJAR" DENGAN TYT SARAWAK BARU?

-WALAUPUN BERBEZA PANDANGAN POLITIK, BEKAS KETUA MENTERI SARAWAK PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD KINI TELAH DILANTIK MENJADI TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI SARAWAK YANG BARU MAKA SEHARUSNYA PEMBANGKANG MENGHORMATI PERLANTIKAN INI!-


Alhamdullilah, tadi admin UnReportedNews™® berkesempatan menghadiri Majlis Istiadat Angkat Sumpah Perlantikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang baru Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang berlangsung di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. 

Cuaca yang baik disepanjang pagi tadi di Bandaraya Kuching bagaikan mengrahmati majlis tersebut yang berjalan dengan lancar yang dihadiri oleh semua Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) namun sesuatu bagaikan tidak kena kerana tiada langsung kelibat ADUN-ADUN pembangkang Sarawak yang menghadiri majlis tersebut kecuali ADUN Pelagus George Lagong (SWP).

Mohon maaf jika admin UnReportedNews™® mungkin terlepas pandang sekiranya mungkin ada ADUN-ADUN pembangkang yang menghadiri majlis tersebut tapi malangnya mereka bagaikan "menyorok diri" dan tidak nampak di majlis berkenaan.

Buat pencerahan pembangkang, TYT Yang di-Pertua Negeri ataupun dahulunya dikenali sebagai Gabenor sebelum tahun kemerdekaan 1957 merupakan komponen DUN dan mempunyai kuasa untuk mengadakan perhimpunan atau pembubaran DUN serta persetujuan beliau adalah diperlukan bagi meluluskan DUN.

Maka sebagai ADUN, pembangkang seharusnya memberi penghormatan yang setimpalnya kepada Yang di-Pertua Negeri bukannya bagaikan "memboikot" Majlis Istiadat Angkat Sumpah Perlantikan TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak tadi.

Yang di-Pertua Negeri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Ketua Menteri kerana negeri-negeri ini tidak mempunyai Sultan dan TYT Negeri dan beliau juga merupakan Ahli Majlis Raja-Raja yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan kuasa mentadbir negeri dipikul oleh Yang di-Pertua Negeri tetapi fungsi-fungsi pentadbiran boleh diserahkan kepada pihak lain dari segi undang-undang. 

Selain dari melantik Ketua Menteri dan ahli Exco bagi menasihati beliau dalam menjalankan peranannya serta fungsi, peranan Yang di-Pertua Negeri juga meliputi perkara-perkara; Ketua Kerajaan Negeri, Fungsi Kehakiman, Fungsi Pertadbiran, Kuasa Pengampunan dan Sumber Kehormatan dan Daulat.

Maka, tindakan pembangkang Sarawak yang tidak menghadiri Majlis Istiadat Angkat Sumpah Perlantikan TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak bagaikan tidak menghormati Yang di-Pertua Negeri baru Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud juga secara tidak langsung tidak menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong dan rakyat Sarawak.

Pembangkang selama ini dengan lantang mendakwa mereka adalah juara rakyat dan merekalah yang mendukung dan mengikuti undang-undang yang sedia-ada namun tindakan mereka pada hari sebaliknya menampilkan peribadi yang sebaliknya.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List