Thursday 6 March 2014

BILA "BAHLUL" DAH TAK BERTEMPAT..

-AMBOI, IKUT SEDAP MULUT KO JE YER YB.. KALAU DAH TAHAP PEMIKIRAN PEMIMPIN MACAM NI, TAK DAPATLAH AKU NAK BAYANGKAN MACAM MANA DI TAHAP AKAR UMBI? KEKEKE!!!- 

Kematian seorang tahanan dalam Lokap Berpusat Balai Polis Bayan Baru di sini Sabtu lepas adalah kerana penyakit asma, dan bukannya disebabkan anggota polis sebagaimana didakwa pihak tertentu, kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Beliau berkata punca kematian tahanan itu juga telah disahkan oleh doktor yang menjalankan bedah siasat terhadap mayat lelaki terbabit di Hospital Pulau Pinang.

“Tiada sebarang kecederaan lain di badan tahanan itu malah keluarganya juga menerima kejadian berkenaan kerana mengetahui lelaki itu mempunyai penyakit.

“Jadi hari ini (semalam) saya nak nafikan tuduhan yang dilempar oleh pihak tertentu yang mendakwa polis menyebabkan kematian tahanan itu. Kami juga tidak menerimasebarang aduan daripada keluarga tahanan atau laporan polis bagi menyiasat (polis sebabkan kematian tahanan),” katanya kepada pemberita di Pulau Pinang di sini semalam.

Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin memuat naik status di laman  twitternya berbunyi “Penjenayah bunuh polis itu tidak menghairankan tetapi bila polis yang sepatutnya menegakkan undang-undang membunuh tahanan, itu masalah”.

Dalam kejadian Sabtu lepas, seorang tahanan reman ditemui mati di Lokap Berpusat Balai Polis Bayan Baru di sini selepas mengadu kurang sihat. Lelaki  berusia 50 tahun itu ditahan pada 24 Feb kerana kesalahan dadah.

Abdul Rahim berkata segala urusan berkaitan lokap dan tata cara pengendalian tahanan terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) serta peraturan-peraturan lokap yang perlu dipatuhi.
Setiap sel dalam lokap berkenaan turut dilengkapi CCTV dan hasil rakaman tidak menunjukkan mangsa dipukul oleh mana-mana anggota polis atau tahanan lainsebelum ditemui mati, katanya.

Mengenai program seorang wakil rakyat ingin melawat lokap kejadian itu, Abdul Rahim berkata mana-mana pihak yang mahu melakukan lawatan dan pemeriksaan dalam sel lokap perlu mendapatkan perintah mahkamah kerana tiada peruntukanundang-undang yang membenarkan orang awam melawat atau membuat pemeriksaan di dalam lokap. -Bernama

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List