Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak ada di adakan sebentar lagi.
Semalam, Muhyiddin telah mengadakan perjumpaan khas bersama presiden parti-parti komponen Barisan Nasional, BN negeri Sarawak bertempat di salah sebuah hotel terkemuka di Kuching.
Perjumpaan tersebut adalah untuk mengetahui perkembangan terkini landskap politik negeri Sarawak.
Hadir pada perjumpaan itu ialah Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pehin Seri Haji Abdul Taib Mahmud, Timbalan Presiden PBB Tan Sri Alfred Jabu, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Jemut Masing, Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) Tan Sri Datuk Seri William Mawam Ikom dan Setiausaha Agung Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Prof Dr Sim Kui Hian.
Muhyiddin dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Sarawak dan beliau dijangka mengadakan tinjauan mesra ke pasaraya E-Mart di Matang, Kuching tengahari ini.
Beliau kemudiannya juga akan mengadakan pertemuan khas dengan Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib di kediamanya di Demak Jaya, Kuching.
Muhyiddin, yang juga memegang portfolio Menteri Pelajaran akan menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat bagi Parlimen Santubong sekaligus merasmikan dewan sekolah SMK Lundu.
-UnReportedNews™®
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®